Saturday, August 27, 2016

Zaman muda mudi bangang abadi

Assalamulaikum

Ada sesiapa yang selalu scroll twitter and perasan budak yang dapat 100% addmath untuk ujian selaras satu tu? Banyak la komen dari warga twitter contohnya, ‘bijaknya dia’, ‘wow, budak ni makan apa?’, ‘jangan riak’, ‘alah, soalan bocor’ and much morelah kan. Yang puji okay, boleh jadikan inspirasi kan? Yang dok tuduh kata tiru, soalan bocor apa ni semua dengki ka gurau? Kalau gurau pon mana lah kita tau tuan paper tu terasa ka kan.

Gambar mak yang comel sebagai sumber inspirasi dan kata-kata semangat :')


Aku nak cerita pengalaman masa sekolah dulu, before that bear in mind apa yang aku nak share ni bukan nak brag ka apa. Semua orang sedia maklum kan yang soalan addmath memang super duper payah dia tu. Dulu aku belajar kat MRSM, ujian selaras satu aku dapat 95% untuk addmath. Memang aku suka sangat addmath. Aku tak terer pon, maybe sebab aku stay up siapkan homework kadang tu sampai pukul dua pagi sebab takut dengan cikgu.

Ada la yang taw aku dapat result macam tu. Lepas tu semua orang ingat aku pandai. Padahal ramai je lagi yang dapat 100% kan. Ada satu masa tu aku ada masalah cinta lololol. Aku down gila aku tak study tak siapkan homework dan aku rasa aku teruk sangat. Aku tak boleh focus belajar. Aku yang dulu suka addmath, kemain menyampah lagi dengan addmath. Dulu aku bawak fon taw pegi MRSM termasuklah ke kelas -____- See how brave I am. Cikgu mengajar aku mengelamun, bila cikgu bagi latihan suruh buat, aku dok mesej bf(now ex) meroyan tak pon dengar lagu*aku bawak mp3 jugak*. HAHAHAHA. Bodoh sungguh la aku.

End up result aku teruk. Pointer semester dua jatuh gila. I didn’t get dean list. I felt really stupid. Takyah cakap aku penah fail fizik Zzzzz. Kalau mak tahu sumpah aku mati dah ni. LOL. Hidup pon diteruskan sampailah percubaan MARA yang senang sangat tu kan :’) Addmath ada banyak chapter kan, yang aku dapat tinggi dulu tu chapter senang + favourite aku. Bila nak trial aku tak dan cover dengan soalan trial yang luar biasa payah tu, aku FAIL lah! Memang rasa down gila aaah.

Pastu masa nak real SPM pulun ah study. Yang tak ley blah ada kawan suruh ajar, aku cakap kat dia ‘Aku bodoh addmath, dah pegi tanya orang lain lagi pon aku ada fail.’ Dia suh ajar jugak :’) Aku ajar la yang aku taw. Tak sampai hati pulak. Sebab tu aku tak suka bila orang taw result. Depa akan fikir ang pandai padahai tu ujian selaras satu ja. Dulu pointer jenis tampal. Memang ang tak ley sorok punya. Sekarang zaman uni, aku lebih suka rahsiakan result test, quiz and even pointer :)

Bila dapat result SPM kan, I got B+ untuk addmath. Bersyukur je lah. Sapa suruh dulu gatai becinta pastu tak ley nak control diri. Huuuu. Nyesal ada gak. Cuma nak cakap, tak selamanya kita kat atas. kenkadang kita kat bawah jugak. Apa apa pon bersyukur and rahsiakan result anda. Muahaha. Tapi zaman sekolah dulu cikgu suka tampai gak result LOL. 

P/s: Cerita hari ni terkenangkan zaman sekolah dulu ja, takdak niat nak riak ka apa sebab aku ngaku aku bodo ja dulu. Zzzzz. Siap kena panggil dengan cikgu sebab result turun mendadak tapi tak fail pon time tu :(  Tak cukup dengan tu, kaki aku dipijak dengan cikgu. Cikgu pakai heels hokay -___- Why cikgu whyyyy?

P/s/s: Mesti menyesal baca cerita yang tak bermakna ni. Hahaha. Just nak cakap, fokus belajar dan jangan fikir sangat soal cinta ni. This story sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak supaya sentiasa berusaha untuk berjaya dan jangan biarkan hal yang remeh remeh rosakkan masa depan kita nanti. Time tu nak nyesal tak guna dah :'(

P/s/s/s: Tahniah adik yang viral tu. Awak memang brilliant. Keep it up :)

Thanks baca, jumpa lagi di lain entry :*

Wednesday, August 24, 2016

Penipuan!

Aku ni sejak busy dengan test, assignment, final exam tempoh hari aku dah lama gila tak update kan. Bila nak update je rasa berdosa, rasa bersalah update blog tapi tak study. Padahal kan, aku tak update blog, tapi aku bukak ja blogwalking teman teman yang sudi singgah. Walaupun aku rasa berdosa tak study tapi update blog, aku tak rasa berdosa pulak bila main game. LOL.

Tipu lah kalau cakap aku tak rindu nak menulis. Excited je nak update raya kat kampung, nak update pegi jenjalan kat Cameron, Singapore and memacam la. Tapi tu la, malas eden nak pilih gambau yang cantik cantik buat tatapan kalian. Nanti aku rajin aku buat entry best best sikit. Bukan sahaja best malah bermakna. 

Macam mana boleh terjadinya entry kali ni? Aku geram sangat ni ha. Rasa nak buat gulai ja orang yang menipu ni. Aku tak kesah kalau ang rasa blog aku tak bermakna dan tak berguna untuk ang follow, tapi tak perlu la komen kat tagboard aku 'follow sini'. Ni menampakan ketidakbijaksaan ang. *guna ayat proper sikit* Aku taw la hang nak gain earning. Tak kesah la nak buat modai travel ka, untuk kahwin ka, belanja kawan makan atau untuk beli whiskas kat kucing ang. Tak perlu la menipu. 

Aku memang rajin blogwalking sebab tengah cuti semester ni. Even angpa singgah tapi tak follow, kalau mood baik aku follow ja angpa sebab aku bukan heran pon angpa nak follow ka dak. Cerita dia aku geram gila yang letak nama 'Fify, Princess, Mary, Mrs. Kill em with kindess', contoh aa kan, nama nak lembut baik apa kejadah semua, bila aku nak bw blog dia, rupanya link promote. Sumpah aku geram tahap nak siat siat kulit dia bagi Dodi kucing ajaib makan. Sapa tau kucing tu? Kucing Dato' Aliff Syukri. Aku selalu usha twitter dia. Lawak kot. And kucing tu nampak comel and pelik jugak -____-

Tolonglah jadi blogger yang berhemah tapi jangan sampai berkhemah kat blog orang cari pasai. Kalau memang nak aku click and tolong derma, tulis je 'DERMA PLEASE'. Sure aku loading sampai habis. Dah tak yah nak tipu tipu. Benci betul aku dengan penipu. Buat hilang mood aku nak bw ja. 

Contoh penipu. Siap hang Fify! Aku sumpah hang jadi katak! Jadilah seperti Rumi, singgah menebar cinta =')

Okay, nanti aku update sesuatu yang bermakna. Dah nak kena balik ke penjara barulah mood nak menulis ni datang. Apa apa pun thankyou penipu! See you again *pegang pisau* Kepada yang ikhlas singgah blog tak seberapa ni, thank you so much ^_____^

Saturday, July 23, 2016

DECO GIVEAWAY - ANNEKAYRA.COM

Asslamualaikum =)


Kenapa saya nak menang hadiah ni?

Sebab saya memang dari dulu suka kata-kata yang positif macam ni. Boleh bagi semangat kat diri sendiri. Kalau saya menang saya boleh letak dalam bilik. Tak payah guna handwriting sebab tulisan saya buruk. Hahaha. Btw, saya suka pink sesangat :*

image
Saya harap saya menang. Hihihihi

Saya tag:


Thanks Ecah ajak join :D Yang lain pon boleh join jugak. Hehehe

Tuesday, May 10, 2016

Unexpected Plan

Assalamualaikum! 

Lama tak upadate blog. Rindu sesangat nak menulis. Sekarang ni excited nak cerita yang aku pegi food hunting. Bab makan haruslah laju. Aku tak taw kenapa aku kuat makan tapi bising bila berat naik =') Kenapa unexpected plan? sebab kalau rasa nak makan, pi ja. Tu yang unexpected. Hahaha. Antara tempat makan favourite aku kat Melaka ni ialah BIG BOWL ICE. Aku suka sangat-sangat. Mungkin sebab aku memang penggemar buah dan ice. Jadi gabungan tu sangat mantap untuk tekak dan perut aku.

Kalau datang Bandar Melaka singgah la amik aku pastu kita pi la makan kat Big Bowl Ice sama-sama. Sweet kan? Lagi sweet kalau hampa belanja aku makan. Muahahaha. Aku memang addicted teruk la. Banyak lagi perisa yang aku belum try. Sambil taip ni pon terliur. Nah location untuk ke Big Bowl Ice yang paling dekat dengan aku. Ingat aww, before pi singgah amik aku =P

11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca, Malaysia

First time datang order ni. Masa tu tak pro lagi. Men order ja. Kalau yang bowl macam ni, ice dia cam kasar sikit. Pape pon tetap sedap and ada buah mangga kegemaran^^



Pastu dah taw jenis, asyik order yang macam ni. Ice dia halus-halus je. Namanya milk snow ice + passion fruit + tak ingat. Cia cia cia. Actually aku nak tunjuk yang lain tapi favourite aku jugak sebab ada kelapa, aku cari gambar tu tak jumpa. Yang tu memang umpphhh. Asal nak buat jaat ja tak jumpa pulak. Wkwkwkwk





Sekarang ni, aku nak bawak hampa semua ke PAK PUTRA TANDOORI & NAAN RESTAURANT. Haaa. Aku order naan cheese yang biasa ja. Tu pun dah sedap. Makan dengan ayam tandoori. Disebabkan perut full dengan Big Bowl Ice, jadi aku share dengan kawan-kawan. Tak lupa untuk tapau triple naan cheese. Yang triple tu perghhhh. Hahahaha. Enak banget. Siyess. Ni alamat untuk ke sana. Dekat-dekat ja. Rugi Kalau hampa tak pi dedua.

58, Jalan Kota Laksamana 2/3 & Jalan Kota Laksamana 2/4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia


Kalau ada yang mengidam tu aku mintak maaf. Hahaha. Aku pun ngidam gak ni walaupun dah pi tak sampai dua minggu yang lalu. Anyway aku mintak maaf taw lama gila tak update. Thanks for always visiting me. Nanti nak update pasai makanan lagi. Hahaha. Bye warga blogger =D

Saturday, March 26, 2016

24 March 2016

Assalamualaikum

Tepat saja jam 12 aku terpandang Dilla which is my lovely roommate, 'eh dia tido nyenyak ja.' Macam mana nak wish ni sebab excited kan. Hadiah masih disimpan dalam almari dengan rapi dan aku busy dengan tutorial online sehingga menggadaikan masa untuk study Import Export. Aku tak taw la nak cakap, aku macam tak perform sangat tadi. Aku kuciwa sangat. Aku just hafal point dan aku ingat sikit-sikit je explanation dia. Memang fact and tak boleh hafal point je and goreng macam selalu. Aku agak menyesal sebab tak stay untuk study, aku lebih pentingkan tido. What happen to me ='(

See... Hebat tak aku melalut sampai satu perenggan? Aku nak post ni sebagai peringatan yang 24 March ni ialah birthday roommate kesayangan sayer =D Sambung balik okay, dalam pukul 2 lebih aku tulis nota untuk Dilla. Saja suka buat karangan. Hahahaha. Memang merapu la cerita dia. Pastu masa tenga tulis tu boleh pulak dia gerak-gerak. Dah la hadiah atas meja, gelabah aku sorokkan bawah meja. Takut kantoi. Before aku tido aku letak hadiah tu atas meja dia. Dia selalu bangun awal & konfem akan nampak. Lol.

A few days before that memang aku janji nak lanje dia makan pizza sempena birthday dia. Macam birthday dia tahun lepas, aku belanja makan. Because I know she loves eating so much =) Jadi petang lepas dia habis kelas rehat rehat jap then terus pegi pizza pukul 4. Before that aku tanya la, bebudak lain wish tak, dia cakap "Tak pon, takpe, yang penting Alia ingat."Aku sebenarnya saja tanya soalan tu. Aku nak dia sedih, aku nak dia nangis tapi tak sampai hati. HAHAHA.

Sesampai ja kat Pizza Hut seberang jalan tu. Kami terus masuk dan duduk. Ada waiter bagi menu dan aku pon cakap kat Dilla "Order la apa saja yg awak nak" Gittew. walaupun aku taw dia pandang meja belakang yang penuh ballon dan juga hiasan Happy Birthday dalam hati kecewa bukan kepalang sebab budak rumah lain tak ingat besday dia. Muahaha. Then, tetiba ada sekumpulan kanak-kanak comel jerit "Happy Birthday Dilla!" sambil nyanyi lagu and bawak cake ke arah meja kami, aku jadi malu walaupun bukan birthday aku. Kahkahkah.

Terima kasih untuk para pelakon sekalian, yang buat-buat lupa semua. Yang acah baik (which is me, lol) I know she loves this. Even hadiah aku bagi dia asyik cakap "cantikkkk." I know you read this blog. Thanks sebab suka hadiah yang aku bagi walaupon bukan hadiah Iphone. Huhuhuhu. Jum usha gambar sepanjang birthday party =)


Tabik spring kat birthday planner =D

Nampak macam sikit tapi kenyang gila sampai tak habis kena bungkus bawak balik. HAHAHA


Teman-teman serumah dong.


Happy Birthday Dilla!

-The End-

Thursday, March 24, 2016

Segmen #FamilyBlogger

Assalamualaikum

Thanks Kak Aina Yazid sebab tag saya dalam Segmen #FamilyBlogger ni. Baru hari ni ada kesempatan nak buat post ni sebab hari ni rajin nak keluarkan laptop sebab kena siapkan tutorial online. Banyaknya sebab. Hahaha. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak story. tapi takpa kita hold dulu. Nanti aku curi masa sikit untuk update. Ihiks. Btw kan, aku ada quiz jumaat ni. So lepas ja aku update ni, aku nak study. Doakan aku =') Mekasih para blogger yang baik atie. Hihihi

Click this banner to join =)

Dah follow instruction yang super duper senang tu. Hehehe. I want to tag:

&
Semua blogger yang baca entry ni. Feel free to leave your link if you want me to follow back =)

Thursday, March 17, 2016

Marilah bersikap positif!

Assalamualaikum

Hari ni aku nak mengajak angpa semua untuk berfikiran positif! Yeahhh semangat sikit. Walaupun aku selalu tak positif. Selalu rasa semua benda tak kena, tapi aku cuba untuk positif dan bila aku lupa, aku boleh baca balik post ni. Kihkihkih. Kita semua taw kan, dalam hidup ni banyak sangat dugaan contohnya;

Pada suatu hari yang penuh pancaroba tetiba aku dapat news yang ex aku nak kahwin tahun depan (tak tahu la betul ke tak). Kalau dulu aku dengar yang dia curang, jumpa pompuan len, study sesama, aku nangis kot. Sebab aku jauh dengan dia. Yang aku bengang, pompuan tu taw ex aku tu bf aku dulu, tapi dia rapat-rapat jugak. I am so sad. At that time la. Hahaha. But now, aku dah tak nangis. Benda ni pon dah setahun berlalu. Aku happy tanpa dia. Takde la hari-hari gaduh sebab aku ni kuat cemburu! Walaupun amik masa yang lama, aku berjaya heal hati aku. Yes, time heal almost everything =) Tak mudah nak lupakan semuanya dalam masa yang singkat. Nanti boleh la aku buat tips move on. Ye dak. Hahaha

KESIMPULAN: Kita haruslah berfikiran positif, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tapi bila kita nak tu kita dapat, jadi la manusia yang bersyukur. Kenkadang kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, padahal orang lain nak sangat apa yang kita ada. Kalau kita rasa kita susah atau tak cukup, ada orang yang lagi kurang dari tu. Sentiasa la berfikiran positif. Kalau masa mula-mula aku tak boleh terima kenyataan apa yang ex aku buat. Now aku rasa better. Kita kena bergantung pada Allah SWT dan bukannya pada manusia. Mungkin hari ni dia dia buat kita, kita tak tahu apa nasib dia nanti. Masa mula-mula dulu pon aku rasa macam nak tikam dia, tapi sekarang aku rasa tak. Buat apa nak balas? Hidup kat dunia ni sementara ja. Biar kan dia. Aku doa dia bahagia. Dan aku jugak harap aku bahagia. Nak gak kahwin cepat. Hahaha. Pls masuk meminang, aku terus terima (lol, I am kidding, I have to finish my degree =P)

Hereafter is better (Image from google)

Terima kasih singgah baca =)

Saturday, March 12, 2016

UITM Kampus Bandaraya Melaka: Part 1

Assalamualaikum

Memandangkan awal sem ni macam free sikit, jadi aku nak kongsi pengalaman hidup dekat UITM Kampus Bandaraya Melaka atau for short orang panggil UITM KBM. Aku akan bahagikan ikut part sebab kalau include semua akan jadi banyak giler wa cakap lu. So untuk the first entry ni aku nak story about tempat tinggal. Benda pertama yang aku google sebab nak taw & excited level 6823426788 nak taw life kat Melaka ni macam mana. Untuk sem 1 aku stay Kolej Tun Mutahir, sem 2 sampai now sem 4 insyaAllah sampai habis degree, aku stay dekat Apartment Yayasan Melaka.

Kolej Tun Mutahir

If ang lepasan asasi (penerapan), matrik dan STPM, ang jangan risau sebab ang akan dapat Kolej Tun Mutahir untuk pelajar perempuan & Kolej Tun Mamat untuk pelajar lelaki. Yuran kolej dalam RM400++. Murah sangat ni kalau nak dibandingkan dengan tempat tinggal lain kat Melaka.

Kolej Tun Mutahir atau dikenali as TMU ni ada 10 tingkat beserta 2 lif. Setiap tingkat ada 6 rumah if I am not mistaken la. Aku pon tak ingat aku stay tingkat bape. Nampak tak memory aku takkan ingat benda tak best. Hahahaha. Basically satu rumah ada;

- 2 bilik tidur(2 orang sebilik tapi ada satu katil double decker & satu katil single, i don’t know why ;p)
- 1 bilik utama beserta bilik air(4 orang sebilik, so ada dua double decker)
- 1 toilet 
- 1 balcony (view dari rumah aku dulu cantik giler!)
- 1 ruang tamu tapi ada 8 meja study
- 1 dapur tapi tak boleh guna untuk masak!
- 1 bilik ampaian
- 1 ampaian kat luar rumah

Itu saja rasanya. Aku dulu dok master bedroom. Memula macam riak gila bilik besar tapi tak best sebab takdek privacy. Bukan itu saja, aku dok katil atas, bertapa malangnya nasib ini. Dengan panas sume cukup sebab dekat dengan lampu. Even panas still aku suka bergolek-golek dan juga study dekat atas katil. Aku dan katil ibarat cinta sejati, kami tak boleh berpisah. Sob sob~

Bukan itu saja, aku ni penakut, jadi memang tak la memalam nak study kat meja kat luar bilik tu. Lagi pun, view dari bilik aku cantik which aku boleh nampak pirate park, river cruise, menara taming sari, the shore dan jugak jalan yang jem. Jadi bila aku study, sambil2 tu aku usha la kat luar tingkap tengok suasana malam yang cantik kekonon sambil digest apa yang aku baca.

Okay now jom ke;

Apartment Yayasan Melaka

Lebih dikenali sebagai AYAM oleh warga Melaka. Penah la aku naik taxi pastu pakcik tu tanya nak balik mana, aku cakap la nak balik Apartment Yayasan Melaka, lepastu pakcik tu confuse kat mana. Bila aku cakap AYAM baru diaaa ooooo~ Adalah tidak wajar harga apartment yang mahal dikenali as AYAM -,- Malah sebagai student yang berwawasan aku malu la nak sebut ayam. Hahaha. Tapi sekarang aku cool je. Bila orang tanya stay mana, aku akan jawab dengan bangga ‘Aku stay AYAM. HAHAHAHAHAHAHA’

Basically AYAM ada 2 lif, 16 tingkat, setiap tingkat ada 8 rumah dan setiap rumah ada; 

- 1 dapur
- 3 tandas
- 2 bilik mandi
- 1 dapur 
- 1 bilik ampaian
- 1 ruang tamu
- 5 bilik (Satu bilik dua orang, lebih privacy =D)

‘Tapi kan, kenapa nak stay AYAM dah taw harga mahal gila?’

Sebab;

- Dekat gila dengan kampus, lagi 10 min pon sempat masuk kelas tu pon kalau naik tangga kat kampus. HAHAHA
- Dekat dengan tempat jual makanan (untuk makhluk kuat makan macam aku, ni penting!)
- Dekat dengan bank
- Dekat dengan mamak
- Dekat dengan The Store (tempat untuk berhibur)
- Dekat dengan hati awak~ ehhhh

Tu je la yang aku suka dengan AYAM ni. Rumah sewa len tak penah try lagi la. Ada rumah yang ada swimming pool weh. Walla la tapi jauh dari kampus. Kalau tak dah lama aku grab rumah tu. Next part aku cerita pasal lain pulak ye =)

Suka tengok dari tingkap or balcony kolej, tengok biawak, tengok boat lalu pastu excited. Muahahaha. Btw kan, nampak tak bangunan depan ni? Tu la AYAM. pastu tegok blah kiri sikit, tu kampus. Gambar di amik guna kamera henfon je. Huuu~

----------TAMAT PART 1----------

Tuesday, March 8, 2016

5 THINGS I HATE MOST

Assalamualaikum


Hari ni aku nak buat entry pasal 5 THINGS I HATE MOST. Ditag oleh MIA & thanks for the tag. Rules game ni ialah:

Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda yang paling hampa tak suka. Mention sapa yang tag hampa dalam entry tersebut. Hampa jugak dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan depa taw.

Dah tahu rules, jom start sekarang:

Aku paling tak suka bila tudung tak jadi, macam senget, kembung or dah iron tapi nampak kedut. Aku akan mengamuk siap hentak-hentak kaki sebab dah lambat nak ke kelas & selalunya tak sempat nak iron atau betulkan kekemas. Selalu la kena perli dengan rumate.
Aku paling tak suka mat mat motor yang bila lalu kat apartment ni dan menjerit-jerit. Tambah-tambah time tenga study nak final. Dalam hati, 'Amboi, happynya uollssss berkonvoi & aku dah nak separuh mati ni'
Bila kete masuk simpang tak bagi signal. Pergh, menyirap je aku dengan orang pangai cemni.
Aku paling benci bila aku terbangun lambat nak ke kelas. Pergh, rasa nak hempuk-hempuk semua benda. Semua benda jadi tak kena. Huhuhu. Kenapa la aku kuat tido & susah bangun ='(
Aku paling benci bila aku kat zebra crossing tunggu macam tunggul & takdek kete yang nak slowkan kete & bagi laluan. Weyh, hampa dalam kete kot, aku tepi jalan ni panas gila kot. Apa guna zebra crossing? Zebra ja la boleh lalu? Fine =( Tapi kan, kenkadang aku buat gila lintas sebab kalau tunggu memang mereput la cite la. Muahaha. Dan selalu kena marah, 'Alia, kau nak mati ke?'

Akhirnya siap jugak, bermandi peluh jugak la fikir. Hahaha. Gua nak tag:

You | You | You | You| You

dan awak semua yang baca entry ni =D 

Babai semua, nak g kelas jap & hopefully tak tido lam kelas. Huuuu~

Thursday, February 18, 2016

Burger Bakaq Tersangat Sedap!

Assalamualaikum!

Aku nak share pasai Burger Bakaq Tok Uban. Dia punya sedap sampai licin pinggan pinggan aku. Abang aku yang bawak makan kat sini sebab aku teringin nak makan. Hahahaha. Roti ada macam-macam kaler. Nasib la dapat warna apa. Aku dapat hijau. Depa cam taw taw ja my fav kaler. Bukan ada burger ja, ada meatball and much more. Meh ramai-ramai pakat try =D




Nah alamat, kalau hampa nak mai =)

117 A Jalan Permatang Pauh,
13500, Pekan Permatang Pauh,
Pulau Pinang.

Daaaaaa~

Saturday, February 6, 2016

Jenjalan Penang; Taman Rimba, Miami Beach, Kapitan, Coconut Ice-Cream & Street Art

Assalamualaikum!

Hari ni aku nak story tentang tempat menarik kat Penang. Penang ni tempat lahir aku tapi still tak dan nak explore sampai habis sebab dok asrama dari form 1 sampai form 5 pastu belajar kat Shah Alam & Melaka. Sekarang macam-macam ada, Escape Park, Second Bridge lah (baru bape kali guna second bridge). Padang Kota pun ada yang baru yang lama. Tu tak ley blah. Aku blur je masa mula-mula kawan aku gitaw tu sebab aku ni jarang bejalan dulu. Hehehe. 

Pagi dalam pukul 8 lebih kami dah chow dari rumah. Kami decide naik ferry. Barulah cool gittew. Tah apa yang cool tataw. Masa aku gegedik nak amik gambau kat dalam ferry, aku hampir-hampir nak terjatuh disaksikan makcik dengan muka blagaknya dalam hati dia mesti tenga ketawakan aku. Isk isk isk. I cried. Terus decide nak lepak lam kete sebab malu. =') Taw kenapa muka belagak? Masa aku bergambau tu dia jeling je macam 'hek eleh, kau tak penah naik ferry ke?' Hahaha. Pitnah makcik tu plak. Maap. 


Sampai je kat taman rimba, kami cari port paling best. Syukur sampai awal la jugak. So tak ramai orang pon. Memang berenang sepuas-puasnya la. Dah dekat pukul 12 lebih mula ramai dan kami pon dah nak blah time tu. Tak syok aaa ramai orang. Lupa nak cakap, masuk mandi ni free. Tapi ada aktiviti lain jugak kat Taman Rimba tu macam hiking. Tapi rasanya kena bayar.








Cantikkan Taman Rimba, boleh bergambau. Btw kan, hampa perasan tak lama gila aku tak update and bw? Alhamdulillah aku masih bernafas. Kakaka. Balik dari berpoya-poya tak sedar diri ni, aku demam teruk gak la sampai femly suh pegi check sume. Takut kena kencing tikus. Huuuuu. Aku takut gak senanya, tapi aku tak suka pergi hospital/klinik sume tu =( Dok rumah makan ubat, cool fever sume. Yang takley blah aku tersilap makan ubat. Tu yang lagi buat aku lambat baik.

Dah baik demam, aku kurang selera, kenkadang muntah and whatsoever. So tired. Takpe sakit, hapus dosa =') Tadi, member ws kata bgtaw yang sungai kat Taman Rimba tu ada virus kecing tikus. Selamat nothing happen. Aku sangat-sangat bersyukur. Nak selit sikit masa pegi mandi kat sungai kat Baling, Kedah dulu macam tu jugak. Port yang aku mandi, the next day ada femly meninggal sebab kena kencing tikus. Aku rasa aku dah dua kali selamat sebab mandi sungai. Tobat aku takut nak mandi sungat, tapi aku suka =( Memang la maut, Allah SWT yang tentukan, tapi kita kena beware jugak. Okay dah la cite pasal tu, lepas mandi, kami singgah kat Miami Beach, otw nak balik tu mesti lalu punya. Hehe. Maka bergambarlah kami disitu. Banyak pulak tu. Adeh.





Next, kami pergi makan kat Kapitan. Kapitan tu femes kot. First time makan masa aku balik dari Escape Park. Nak tahu ke cite pasal Escape Park? Lama da kot aku p. Hahaha. Kalau rajin aku story okay. Kat Kapitan tu aku fall in love dengan nasi briyani milani. Aku kalau dah fall in love dengan sejenis makanan tu, aku makan ja sampai muak. Jadi aku tak try pon yang lain. Okay teruskan, masa lepas mandi tu lapaq gila. Siap cakap lagi;

"Aku nak makan nasi pastu nak makan nan cheese! Aku tak kira. Lapaq ni"
"Aku pon nak gak weh"
"Okay share"

Lebih kurang macam tu aaa dialog dia masa tenga lapar. Lepas makan, 

"Kenyang weh, tak jadi la nan cheese"
"Aku pon da kenyang"
"Hahaha"

Dialog dilakonkan kembali mungkin tak tepat, tapi lebih kurang la. Bhahaha. Nasib kami berfikiran waras tak order semua sekali. Kakakaka. Masa nak decide tempat makan punya lah susah. Actually nak try makan kat tempat len. Tapi takut tak sedap + tenga lapar gegila. Jadi kami pilih Kapitan yang memang dah taw terbaik dia tahap maksima. 

Nasi Briyani Milani Ayam Cheese (Aku hentam ja, tak ingat. Lol)

Ada lagi tempat sedap, Nasi Kandar Line Clear. Sekali ja aku makan. Member bawak. Dah kenapa aku jatuh cinta dengan nasi kandar ni. Maigaddddd. Aku tak dapat terima kenyataan yang aku start suka nasi kandar kat situ. Apa rahsia resepi dia? Tak dak sapa taw. Aku ni jenis tak suka nasi kandar. Kalau satu kedai aku tak suka, semua keturunan dia aku akan benci. Huh. Padahal depa takde buat salah dengan aku pon. Hahahaha. Ada la sebab kenapa aku tak suka dulu. Tapi sekarang kemain berjinak-jinak masuk kedai mamak =')

Tu antara yang sedap la. I can't deny. Pastu tempat favourite aku kat Pulau Aman. Perghhh. Tu nanti la. Lepas makan-makan, kami pergi cari ice cream kelapa dan bergambau kat Street Art. So sonok. Street Art ni hampa kena cari lukisan sebab di celah-celah bangunan. Gittew. Boleh la sewa basikal atau jalan kaki atau naik kete macam kami. HAHAHA. Sebab hujan kejap renyai kejap okay jadi malas la nak lama-lama. Nak terus balik je. Nanti-nanti boleh datang lagi. Iolls dok Penang je. Hewhew







Tapi ada soalan paling susah nak jawab bila dok Penang ni;

"Kenapa kau selalu cakap nak pegi Penang, bukan kau memang duduk Penang ke?"
"Penang belah mana?"
"Tasek Gelugor yang kat Pulau tu ka?"

Aku cuba untuk explain, "Oh, sebab kami dok seberang bukan dekat pulau. Kami dok kat mainland bukan island. Paham tak? kami sebut island = Penang. Aku dok seberang la! Seberang Perai Utara (hamek kau detail). Kat pulau tu Gelugor bukan Tasek Gelugor. Tasek Gelugor kat mainland. Kalau tak faham sudah la, penat aku explain. Bukan masuk exam pon. Dah jangan tanya"

Lebih kurang macam tu la, tokok tambah sikit bagi sedap dialog. Ingat masakkan tumis je boleh letak perasa tambahan =P Yang aku geram, awat nama kat island lebih kurang cam kat mainland. Susah nak explain. Buat darah aku menyirap je. Hahaha

Snap dulu picture before tido =')
  
Note; Semua gambar tidak diedit sebab malas. HAHAHA. Btw, terima kasih yang sudi baca, tinggalkan url blog hampa, nanti aku follow & visit balik. Nak update lama dah, tapi lepas sakit tu malas. Hahaha. Ni baru rajin balik. Heeee. Babai semua =)

Thursday, January 21, 2016

Langkawi Part 2!

Hello nice peoples!

Memandangkan aku dah janji nak sambung dari entry sebelum ni (klik here), jadi ni part 2 and hopefully the last part. Let's continue. Entry kali ni maybe panjang sikit, boleh la goreng fries, sosej, nugget and bancuh air teh o panas/ kopi panas sambil baca entry ni. Perghh heaven. Ahahaha. 

So, before start buat aktiviti kami akan breakfast kat kedai makan depan motel ni ha. Senang, cepat and padat (dah pehal tetiba padat kan). 

Jadi ni lah makanan breakfast weolls, rasanya second day makan nasi lemak, ni yg third day punya. Hahahaha. Sedap bakhangggg. Roti telur sama itu teh o panas. Aku kasik full star =D 

Lepas breakfast, kami tunggu van amik kami untuk aktiviti island hopping. Dengar macam what? Island HOPPING??!! Mesti ingat kami lompat dari pulau ke pulau kan. Hahaha. Oh, tak rasa macam tu ke? Alaaaa, mesti dah penah pegi kan? hm hm hm. Buat-buat tak tahu pleaseee. As kami dah survey a day before, so kami jumpa pakej yang murah!!! RM25. Yeayyyy. Sebab mostly jumpa RM30 jeeee and above. So dah jumpa yang RM25 ni, weolls cepat-cepat setuju!

Sesampai je kat destinasi yang dituju, kami disuruh tunggu dulu. Bila semua da berkumpul, abang yang in charge tu dok bagi briefing apa tah sambil tunjuk something (kami kat belakng jadi blur and tak taw what happen). Btw, ingat bawak budak sekolah punya trip siap briefing? ;p Before this penah datang tapi tak de la macam ni. Rupanya dia gtaw macam ni la sebab dengar sipi-sipi jek, 'Ini bukan untuk kami, ini untuk government, kami tak amik pon duit tu untuk kami, bla bla bla bla bla bla'. Yknow what? Kami kena tambah RM5 (we are not from langkawi and we're Malaysian), children RM3 and foreign kena bape tah tak ingat tapi lagi mahal dari weolls la.

Tak ke kamu semua rasa RM25 + RM5 = RM30? Tak ke sia-sia kami berpenat lelah berpeluh peluh bermandi air mata mencari yang murah tapi pada akhirnya sama macam harga yang lain? Why they are being so mean? :'( Tapi kan kan kan kan, kami nak bayar kat abang yang jaga tu, tapi abang tu kata takde duit pecah and kami trip last naik boat -,- Rupanya abang tu charge kami murah kira harga children tak silap. Dia kata jangan gitaw orang. Tapi aku dah cerita pulak kat blog ni. Hampa tak ya aaa bising-bising taw. Shhhhh. Just reminder, kalau korang(ceyyyyy, orang utara ke tak ni?) pergi Langkawi, please tanya dulu "NI INCLUDE CHARGE PAPE TAK?!!!!"(BOLD AND PENGGUNAAN WARNA LAIN BESERTA TANDA SERU MENUNJUKAN PENEGASAN DAN HAL INI SERIUS MANNN!) 

Apa-apa pon kita haruslah jadi manusia yang bersyukur, even rasa macam kena tipu, at least harga untuk island hopping still not exceed RM30. HAHAHAHA. You might think, ala beza RM5 je kot, but for us, ni percutian budget kot, guna duit simpanan masa sem 2, duit lebih nak kena cover bayar duit apartment RM750, engko apa tahu, belom cerita lagi makanan mahalnya dekat tempat iolls belajar, insyaAllah kalau rajin iolls cerita, berserta tips not how to manage your money but on how to waste your money. Muahaha

MasyaAllah, aku membebel pasal tu je dah dua jam, so island hopping sangat best la, pergi Tasik Dayang Bunting. Kat TDB ni, air mineral yang kami berhempas pulas bawak dari motel kena rompak oleh si monyet bermata keranjang! (Dia usha dengan galaknya lalu rampas dengan rakusnya). Dah namanya rezeki si monyet, jadi kome tak payah la bawak air ke makanan. Nak bawak better buh dalam beg, supaya si monyet ni tak nampak =)

Iolls yang berbaju hijau! teringat pulak kawan cakap, 'Jangan terminum air ni, nanti mengandung!' Seram kot weh, punya aku tahan supaya tak terminum. Hahahaha. Tapi for sure termasuk gak mulut sikit, burp. Alhamdulillah nothing happen =')

Ni dekat Pulau Beras Basah, before ni singgah Pulau Helang kot(sebab banyak helang, and bagi makan helang. Hahaha tak ingat nama pulau tu). Hampa jangan tanya ada beras ka dak kat pulau ni, jenuh aku cari tapi tak jumpa sebutir beras pon, tension tu jangan cakap la =(

Pulau Beras Basah =)

Lepas dah puas pusing 3 pulau dengan harga RM28, kami buat apa eh? aku tak ingat la makan ka apa! HAHAHA. 

Petang tu kami pi parasailing dengan harga RM60. Kami ada jumpa yang harga RM55. Tapi biasa la, nasib tidak menyebelahi kami. Sobsob. So, that's me! (member baik ati tolong snap). Member ada yang siap selfie atas tu, tapi aku takut ah nak bawak gadget naik atas. Muahaha. Dah la orang punya, jatuh jenuh ganti, kalau fon aku pulak, dah la beli guna duit sendiri, idok le nak bawak =')

Member comel and penuh gaya selfie kat atas =)

Tapi tahukan anda? Aku menyesal tak bawak kamera naik! Hahaha. Atas tu rilek je, takde la macam yang aku bayangkan before naik, angin kuat ka pa, tak kot! Scenery sangat cantik from above, rilek chill boleh masak megi atas tu sambil makan. Megi cup la weh, what do you expect? Tak kan nak bawak kuali, cepuk nak? Tapi masa 3 minute je. Kalau rasa dan nak makan buat la, Hahaha, cuma nak habaq, atas tu sangat best and rilek, takde ribut alhamdulillah. Aku naik dengan guider, bahaya naik dengan kawan sebab dua-dua takde skill. Tapi kalau rasa pro, boleh je naik dengan member =)

Tu je kot? Malam kami pi jalan-jalan cari makan =) Saja nak try makanan sedap ke tak. Muahaha

First, kami try fish & chips, bolehhhh laaa. Air orange tu sumpah masam tak silap. Kami order satu set je. Nama pon nak rasa. (btw, jari comel tu jari aku. Lalalaa)

Second, makan pizza kat Artisan Pizza. Aku ingat nama kedai ni sebab aku simpan resit dia. Hahaha. Aku ada buku travellouge. Kekonon la tapi baru tulis sikit, maka aku lupa la cerita yang aku tenga story ni pon. Pastu malam lapar sebab makan merepek, sikit and jalan banyak, kami beli megi cup =')

The last day, kami pegi Cable Car. The view was so amazing and beautiful. Let's me capture your smile cause you are at the end of the entry! Thank you sebab sabau membaca. Nah cokelat (hulur coklat betul ni, tak tipu, sebab baru-baru ni abang pergi Langkawi, banyak coklat dia beli, tak habis lagi ni ha, tenga taip sambul kunyah kissess, almond, pepero =D)

Before that, aku nak share benda penting;

Bas = Tak ingat
Ferry = Dalam 18 inggit kot. Nanti iolls check and masukkan.
Fantastic Motel (3 days 2 nights) = Around RM108-RM110
Car rental (3 days 2 nights) = RM120
Island hopping = RM28 per person
Parasailing = RM60 per person
Cable car = RM15 per person
Makan = Hahaha, tak ingat
Coklat = Ikut hampa, tapi serius, seratus tak cukup. Muahaha


Dah Tamat, terima kasih semua sudi singah and baca sampai habis. Muahhh ciked!

p/s; if nak tanya pape, just drop a comment and I will reply as soon as possible. Thanks again =)