Assalamualaikum semua !
Entry kalini aku nak share untuk student yang ingin menyambung pengajian dalam course Bachelor of Business Administration (Hons.) International Business di UiTM. Supaya dapat bersedia mental dan fizikal sebelum menempuh alam degree di UiTM. Jangan tanya universiti lain sama ke tak. I don't know hahaha. Since this is Part 4, you may need to read the previous part dulu okay: Part 1, Part 2, dan Part 3.
Pic courtesty from google
Okay let's start !
Semester 1
Untuk semester 1 ni, aku ada pengecualian subjek sebab sebelum ni aku asasi law UiTM. Dekat dalam transcript akan stated yang these subject were exempted. Aku dapat pengecualian kredit untuk subjek ELC400. Hihihi untung kan. Boleh check pengecualian kredit dengan pihak UiTM masa register nanti. Aku senaraikan subjek untuk semester 1 di bawah.
ELC400 : Preparatory College English
Since aku dapat pengecualian kredit untuk subject ni, aku tak sure pulak apa yang depa belajar hahaha. Rasanya tak susah kot, just belajar English --'
ACC406 : Intermediate Financial Accounting and Reporting
Haaa subject ni bagi aku susah laa sebab aku aliran sains dulu lepas tu law, lepas tu belajar account -,- takda correlation langsung kan. hahaha tapi lepas belajar kan okay je subject ni. Best gilaaa aku suka siap dapat A. Belajar basic account je, debit credit apa semua. Kalau hang memang dari aliran account kira macam senang gila lah.
ECO415 : Economics
Ni pulak belajar pasal economy, alah inflation lah apa segala bagai tu hahahahah
HBU111 : National Kesatria I
Untuk subjek ni kena berkawad satu satu hora horay lolol. Itu aje le lepas tu ada test tak silap. Alamak guys lupaa dah lama meninggalkan zaman degree hmm
LAW416 : Business Law
Subjek ni agak tough sebab kena hafal law dan macam mana nak apply kalau ada cases. Tapi semuanya related to business la like jual beli. Ni aku paling ingat, masuk kelas terus ada test like what? Lain macam lecturer ni hahahahah tak taw dia masih di sana atau dah bertukar. Tapi enjoy je hafal article and clause =='
MGT417 : Information Technology in Business
Subjek ni nampak simple, tapi annoying sebab kena hafal benda benda komputer lah jenis virus lah. How to use IT in business camtu. Okay je belajar je hafal hafal. Ada orang minat, tapi not me hahahah
MGT420 : Principles and Practices of Management
Subjek ni kena belajar management. Pengurusan lah. Aku macam tolong transalate pulak hahahah sebab mcm lupa lah belajar apa hmm
TMC401 : Introductory Mandarin (Level I)
Belajar mandarin ni best and honestly boleh guna untuk mintak kerja walaupun belajar basic jaa. Interviewer selalu tanya, "We saw you take mandarin, can you converse in Mandarin? Aku pon pishang la dah lama tinggal, aku ingat Ni hao ma je bahahhaha. Tak pon, Ni de jia zai nali? Ha itu je lah, but it add up as an advantage ye :D Btw ada beberapa bahasa boleh pilih, ikot pilihan hampa.
Semester 2
CTU551 : Islam and Asian Civilization
Belajar pasal Islam dan jugak perkembangan dia kot. Senang subjek ni belajar dalam bahasa melayu. Macam refresh balik belajar masa high school dulu.
FIN420 : Financial Management
Belajar macam mana nak manage money. Lot of calculations and I love this subject.
HKR111 : Management of Family Institution 1
Ni macam subjek elektif la. Boleh pilih nak apa, aku choose yang ni supaya dapat prepare lepas degree terus kahwin =') Hmm gatalkan, tolong garu please hahaha. Senang ja subjek ni. Belajar dalam bahasa melayu jugak, buat presentations. Macam belajar agama pon ada jugak hihihi
HRM533 : Introduction to Human Resources Management
Subjek ni best, belajar basic HR lah. Macam mana nak deal people, all level. Kira macam senang lah. I like this.
IBM530 : Introduction to International Business
International business ni pulak belajar macam mana deal business dengan negara luar. Jenis business yang ada.
MKT420 : Principles and Practice of Marketing
Dalam subjek ni, kalau ada yang pernah berbisnes sendiri ka apa, mesti kena taw macam mana nak buat marketing kan. Apa tu marketing, kepentingan dia, konsep marketing. Sapa target market kita. Okay je subjek ni.
OPM530 : Introduction to Operations Management
Operation management ni more kepada dalaman organisasi tu, macam mana nak berbisness tapi cost effective bukan men buat je business tanpa ilmu macam tu.
TMC451 : Introductory Mandarin (Level II)
Ni sama macam belajar semester 1, Cuma naik level la. Makin susah sikit but still good. Jangan risau, kena buat video untuk assignment. Sangat fun, ingat lagi buat video dekat pantai Klebang. Pergh macam artis perasaan dia. Perasaan or perasan? lolol
Semester 3
ELC500 : English for Academic Reading
Haa subject ni belajar English laa. Macam mana nak reading secara kiritis dan tuntas. Tiber hahahah. Macam maksud tersurat dan tersirat gitu. Cara highlight important things dalam texts.
FIN533 : Personal Financial Planning
Subjek paling aku suka as always any calculating subjek hahaha. Senang laa belajar pengurusan duit. Duit duit dimana kau duit. Belajar pasal kredit card apa tapi tu la, belajar belum tentu praktik =’) tapi kalau tak belajar lagi tak tahu huwaaa T.T
HKR221 : Management of Family Institution II
Sama macam aku explain kat atas tadi, Cuma up level la macam tuu hehehe
IBM536 : Intercultural Management
Haa dengar subjek pon macam dah apa niii. Hewlppp. Intercultural Management is an understanding and respect of other cultures within an international context. In practice, it means cultural differences being acknowledged and managed openly, rather than ignored. Culture shapes management practices. Haaa dah tolong google. Hahahaha lupa lahh.
IBM537 : Global Market Places
Ni belajar macam mana nak marketkan product hang secara globally bukan sahaja dalam Malaysia. Then bila dan p global, mesti ada pantang larang dan cara-cara kan, macam tu lah. Belajar world map kot subject ni. Pasal region ada 12 kot tak silap. Quiz dia best, hafal peta hahaha
MGT547 : E-commerce
Subjek ni akan bawak hang ke alam maya, zaman sekarang semua shopping online kan. Sama jugak untuk subjek ni. Kena create satu website untuk berniaga. Ingat lagi aku guna wix.com. Buat jual beli maternity clothes tak silap. Bhahahaha tak kahwin lagi dah gatal urm
QMT425 : Quantitative Business Analysis
Subjek ni best banyak calculations. Macam per machine berapa boleh run. Capacity dan sebagainyaa hehehe
TMC501 : Introductory Mandarin (Level III)
Sama jugak macam semester semester lepas. Makin pening dan macam biasa kena buat video assignment. Tiap sem jadi artis, letih laa nak berlakon ==’ walaupun berlakon kayu je hahahaha.
Semester 4
CTU555 : Malaysian History
“Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.” Haaa belajar je lah sejarah Malaysia, duduk Malaysia kan lain lah duduk London Hihihih
ECO561 : International Economics
Bukan International Business lah kalau tak belajar International Economics. Baru gempak hahahha. Complicated jugak lah subject ni. Tapi okie jee. Life must goes on. Belajar inflation jugak tapi secara international bukan tumpu kat Malaysia sahaja.
ENT530 : Priciples of Entrepreneurship
Untuk subjek ni, belajar cara buat business. Tak silap aku buat jual karipap Bolognese kot. Hahahha Lawak gila tapi sedapp. Lawak sebab karipap tu semua huduh kami tak reti kelim tepi dia -,-
EWC661 : English for Report Writing
Cara nak tulis report. Macam belajar English jugak. Sama ja bagi aku Hehehe
IBM553 : International Business Negotiations
Belajar cara negotiations dengan orang luar negara. Macam China kan, kalau hang dah nego, depa bagi murah, hang tak beli memang boleh buat gaduh ye. Sebab tu penting belajar cara nak negotiations. Setiap negara lain lain caranya.
IBM554 : International Trade Framework
Akan belajar secara details macam mana nak trade product internationally.
IBM556 : International Investment
Kita kalau nak beranakan duit kena invest dengan rancak. Heheheh. So belajar international investment. Banyak company besar invest salain dari dalam negara. Varietykan.
Semester 5
IBM641 : Global Business Strategy
Again cara company nak develop business secara global. Mesti ada strategi bukan main taram je kalau rugi cemana kan.
IBM651 : Issues in International Business
Subjek paling best abad ini. Selain belajar issue dalam international business, kami diwajibkan untuk ke luar negara selama seminggu. Untuk belajar culture, budaya, cara melakukan business dengan negara tersebut. Boleh pilih nak kemana pon takpa. Tapi kena persetujuan kelas la. Kami jumpul duit dari semester awal. Dan pilih Negara. Kami bilih Beijing, China atas alasan shopping murah hahahahha. Memang satu kelas shopping macam orang hilang akal. Ada kelas yang pilih Korea. Ikut persetujuan member sumelah lah. Btw, pihak UiTM ada bagi sponsor jugak hihihi. Jangan risau duit tak cukup :D
Kalau rajin nanti aku cerita trip ke Beijing ni. Dah lupa visit apa semua hahaha. Tapi favourite place yang pergi aku ingatlah :P
At Summer Palace, Beijing. Cantik sangat ! Masa ni baru nak start winter, sejuk giler sampai tangan nak taip mesej pon menggigil hahahha
Still at Summer Palace, Beijing :D
MGT648 : Research Methods
Basically this subject is a preparation untuk buat own research masa semester 6 nanti. So akan belajar basic and cara tulis thesis secara berkumpulan. Sebab nanti kena buat sendiri ! Hehehe
MGT657 : Strategic Management
Ni kira belajar strategi la macam mana nak set goal, objectives supaya company atau organization kita lebih competitive.
MKT656 : Global Marketing
Macam biasa, sama macam belajar marketing biasa tapi yang ni more to secara global !
Semester 6
IBM671 : Industrial Training
Ni kena intern, aku intern kat Malaysia Airlines Berhad. Masa ni boleh pilih negeri selatan. Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
IBM672 : Industrial Training Project Paper
Ni buat thesis. Aku buat pasal Malaysia Airlines jugak hehehe
Okay, itu saja perkongsian kali ini. Harap membantu semua yang ingin melanjutkan pelajaran dalam course International Business. Maaf andai kata ada yang terkurang sebab aku lupa jugak hahahaha. Kalau update directly after study mungkin lagi banyak informasi yang masih ingat hihihi. Also mungkin ada sebarang perubahan sebab ni subjek yang aku ambil masa tahun 2014 sampai 2017.
----------TAMAT PART 4----------
0 comments
Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)