Saturday, March 12, 2016

UITM Kampus Bandaraya Melaka: Part 1

Assalamualaikum

Memandangkan awal sem ni macam free sikit, jadi aku nak kongsi pengalaman hidup dekat UITM Kampus Bandaraya Melaka atau for short orang panggil UITM KBM. Aku akan bahagikan ikut part sebab kalau include semua akan jadi banyak giler wa cakap lu. So untuk the first entry ni aku nak story about tempat tinggal. Benda pertama yang aku google sebab nak taw & excited level 6823426788 nak taw life kat Melaka ni macam mana. Untuk sem 1 aku stay Kolej Tun Mutahir, sem 2 sampai now sem 4 insyaAllah sampai habis degree, aku stay dekat Apartment Yayasan Melaka.

Kolej Tun Mutahir

If ang lepasan asasi (penerapan), matrik dan STPM, ang jangan risau sebab ang akan dapat Kolej Tun Mutahir untuk pelajar perempuan & Kolej Tun Mamat untuk pelajar lelaki. Yuran kolej dalam RM400++. Murah sangat ni kalau nak dibandingkan dengan tempat tinggal lain kat Melaka.

Kolej Tun Mutahir atau dikenali as TMU ni ada 10 tingkat beserta 2 lif. Setiap tingkat ada 6 rumah if I am not mistaken la. Aku pon tak ingat aku stay tingkat bape. Nampak tak memory aku takkan ingat benda tak best. Hahahaha. Basically satu rumah ada;

- 2 bilik tidur(2 orang sebilik tapi ada satu katil double decker & satu katil single, i don’t know why ;p)
- 1 bilik utama beserta bilik air(4 orang sebilik, so ada dua double decker)
- 1 toilet 
- 1 balcony (view dari rumah aku dulu cantik giler!)
- 1 ruang tamu tapi ada 8 meja study
- 1 dapur tapi tak boleh guna untuk masak!
- 1 bilik ampaian
- 1 ampaian kat luar rumah

Itu saja rasanya. Aku dulu dok master bedroom. Memula macam riak gila bilik besar tapi tak best sebab takdek privacy. Bukan itu saja, aku dok katil atas, bertapa malangnya nasib ini. Dengan panas sume cukup sebab dekat dengan lampu. Even panas still aku suka bergolek-golek dan juga study dekat atas katil. Aku dan katil ibarat cinta sejati, kami tak boleh berpisah. Sob sob~

Bukan itu saja, aku ni penakut, jadi memang tak la memalam nak study kat meja kat luar bilik tu. Lagi pun, view dari bilik aku cantik which aku boleh nampak pirate park, river cruise, menara taming sari, the shore dan jugak jalan yang jem. Jadi bila aku study, sambil2 tu aku usha la kat luar tingkap tengok suasana malam yang cantik kekonon sambil digest apa yang aku baca.

Okay now jom ke;

Apartment Yayasan Melaka

Lebih dikenali sebagai AYAM oleh warga Melaka. Penah la aku naik taxi pastu pakcik tu tanya nak balik mana, aku cakap la nak balik Apartment Yayasan Melaka, lepastu pakcik tu confuse kat mana. Bila aku cakap AYAM baru diaaa ooooo~ Adalah tidak wajar harga apartment yang mahal dikenali as AYAM -,- Malah sebagai student yang berwawasan aku malu la nak sebut ayam. Hahaha. Tapi sekarang aku cool je. Bila orang tanya stay mana, aku akan jawab dengan bangga ‘Aku stay AYAM. HAHAHAHAHAHAHA’

Basically AYAM ada 2 lif, 16 tingkat, setiap tingkat ada 8 rumah dan setiap rumah ada; 

- 1 dapur
- 3 tandas
- 2 bilik mandi
- 1 dapur 
- 1 bilik ampaian
- 1 ruang tamu
- 5 bilik (Satu bilik dua orang, lebih privacy =D)

‘Tapi kan, kenapa nak stay AYAM dah taw harga mahal gila?’

Sebab;

- Dekat gila dengan kampus, lagi 10 min pon sempat masuk kelas tu pon kalau naik tangga kat kampus. HAHAHA
- Dekat dengan tempat jual makanan (untuk makhluk kuat makan macam aku, ni penting!)
- Dekat dengan bank
- Dekat dengan mamak
- Dekat dengan The Store (tempat untuk berhibur)
- Dekat dengan hati awak~ ehhhh

Tu je la yang aku suka dengan AYAM ni. Rumah sewa len tak penah try lagi la. Ada rumah yang ada swimming pool weh. Walla la tapi jauh dari kampus. Kalau tak dah lama aku grab rumah tu. Next part aku cerita pasal lain pulak ye =)

Suka tengok dari tingkap or balcony kolej, tengok biawak, tengok boat lalu pastu excited. Muahahaha. Btw kan, nampak tak bangunan depan ni? Tu la AYAM. pastu tegok blah kiri sikit, tu kampus. Gambar di amik guna kamera henfon je. Huuu~

----------TAMAT PART 1----------

12 comments

March 13, 2016 at 10:06 PM

hai nak tanya macam mana awak buat tulisan macam atas tu ‘Dah taw murah awat ang tak dok ja kat kolej sampai habis sem?’ saya dah tekan yang abc tu tapi tetap tak boleh.. rasanya kena ada kod kot.. boleh ajar tak??

March 13, 2016 at 10:48 PM

@nur zulfa hai zulfa, maksud awak yang ada garisan hitam tu ke? kan masa dekat yg sebaris dengan Bold, Itallic, Underline (B, I, U) ada ABC kan. Awak highlight dulu tulisan yg awak nak garis tu then baru click yg ABC tu. hehehe. Try la. kalau tak jadi let me know
^^

March 13, 2016 at 10:52 PM

saya dah buat tapi tak jadi ..

March 13, 2016 at 11:06 PM

@nur zulfa Okay, jap eh.

March 14, 2016 at 4:33 PM

Salam Cik,

Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

Terima Kasih.

Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com

March 30, 2016 at 3:11 PM

ahah..nice view kat sungai tuu

April 23, 2016 at 10:23 PM

@Nabila Syifa kan. hehehe. meh jenjalan sini^^

August 20, 2016 at 1:18 PM

melaka cantik kan hehehehehe bw and follow sini :) good luck new sem!

August 20, 2016 at 3:38 PM

@DIASKANA hehehe. anwy thnkyou^^

Anonymous
February 21, 2017 at 12:08 PM

Minta tolong macam mana nak apply apartment AYAM tu? Kena buka website ke?

March 11, 2017 at 10:18 PM

@Aishah Mohd & @Anonymous Wasalam. sorry sbb lambat reply. huuu. kalau kolej, akan diutamakan untuk lepasan asasi n matrik. kalau dulu la. mmng akan dpt utk first sem. kalau apartment, takyah register kat website, terus daftar masa tarikh dia bukak tu. tarikh ada kat website sekali dgn berapa kena bayar :) cuma kena ada salinan ic penyewa, parents n kad matrik/surat tawaran kot kalau utk first sem.

Post a Comment