Saturday, March 26, 2016

24 March 2016

Assalamualaikum

Tepat saja jam 12 aku terpandang Dilla which is my lovely roommate, 'eh dia tido nyenyak ja.' Macam mana nak wish ni sebab excited kan. Hadiah masih disimpan dalam almari dengan rapi dan aku busy dengan tutorial online sehingga menggadaikan masa untuk study Import Export. Aku tak taw la nak cakap, aku macam tak perform sangat tadi. Aku kuciwa sangat. Aku just hafal point dan aku ingat sikit-sikit je explanation dia. Memang fact and tak boleh hafal point je and goreng macam selalu. Aku agak menyesal sebab tak stay untuk study, aku lebih pentingkan tido. What happen to me ='(

See... Hebat tak aku melalut sampai satu perenggan? Aku nak post ni sebagai peringatan yang 24 March ni ialah birthday roommate kesayangan sayer =D Sambung balik okay, dalam pukul 2 lebih aku tulis nota untuk Dilla. Saja suka buat karangan. Hahahaha. Memang merapu la cerita dia. Pastu masa tenga tulis tu boleh pulak dia gerak-gerak. Dah la hadiah atas meja, gelabah aku sorokkan bawah meja. Takut kantoi. Before aku tido aku letak hadiah tu atas meja dia. Dia selalu bangun awal & konfem akan nampak. Lol.

A few days before that memang aku janji nak lanje dia makan pizza sempena birthday dia. Macam birthday dia tahun lepas, aku belanja makan. Because I know she loves eating so much =) Jadi petang lepas dia habis kelas rehat rehat jap then terus pegi pizza pukul 4. Before that aku tanya la, bebudak lain wish tak, dia cakap "Tak pon, takpe, yang penting Alia ingat."Aku sebenarnya saja tanya soalan tu. Aku nak dia sedih, aku nak dia nangis tapi tak sampai hati. HAHAHA.

Sesampai ja kat Pizza Hut seberang jalan tu. Kami terus masuk dan duduk. Ada waiter bagi menu dan aku pon cakap kat Dilla "Order la apa saja yg awak nak" Gittew. walaupun aku taw dia pandang meja belakang yang penuh ballon dan juga hiasan Happy Birthday dalam hati kecewa bukan kepalang sebab budak rumah lain tak ingat besday dia. Muahaha. Then, tetiba ada sekumpulan kanak-kanak comel jerit "Happy Birthday Dilla!" sambil nyanyi lagu and bawak cake ke arah meja kami, aku jadi malu walaupun bukan birthday aku. Kahkahkah.

Terima kasih untuk para pelakon sekalian, yang buat-buat lupa semua. Yang acah baik (which is me, lol) I know she loves this. Even hadiah aku bagi dia asyik cakap "cantikkkk." I know you read this blog. Thanks sebab suka hadiah yang aku bagi walaupon bukan hadiah Iphone. Huhuhuhu. Jum usha gambar sepanjang birthday party =)


Tabik spring kat birthday planner =D

Nampak macam sikit tapi kenyang gila sampai tak habis kena bungkus bawak balik. HAHAHA


Teman-teman serumah dong.


Happy Birthday Dilla!

-The End-

Thursday, March 24, 2016

Segmen #FamilyBlogger

Assalamualaikum

Thanks Kak Aina Yazid sebab tag saya dalam Segmen #FamilyBlogger ni. Baru hari ni ada kesempatan nak buat post ni sebab hari ni rajin nak keluarkan laptop sebab kena siapkan tutorial online. Banyaknya sebab. Hahaha. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak story. tapi takpa kita hold dulu. Nanti aku curi masa sikit untuk update. Ihiks. Btw kan, aku ada quiz jumaat ni. So lepas ja aku update ni, aku nak study. Doakan aku =') Mekasih para blogger yang baik atie. Hihihi

Click this banner to join =)

Dah follow instruction yang super duper senang tu. Hehehe. I want to tag:

&
Semua blogger yang baca entry ni. Feel free to leave your link if you want me to follow back =)

Thursday, March 17, 2016

Marilah bersikap positif!

Assalamualaikum

Hari ni aku nak mengajak angpa semua untuk berfikiran positif! Yeahhh semangat sikit. Walaupun aku selalu tak positif. Selalu rasa semua benda tak kena, tapi aku cuba untuk positif dan bila aku lupa, aku boleh baca balik post ni. Kihkihkih. Kita semua taw kan, dalam hidup ni banyak sangat dugaan contohnya;

Pada suatu hari yang penuh pancaroba tetiba aku dapat news yang ex aku nak kahwin tahun depan (tak tahu la betul ke tak). Kalau dulu aku dengar yang dia curang, jumpa pompuan len, study sesama, aku nangis kot. Sebab aku jauh dengan dia. Yang aku bengang, pompuan tu taw ex aku tu bf aku dulu, tapi dia rapat-rapat jugak. I am so sad. At that time la. Hahaha. But now, aku dah tak nangis. Benda ni pon dah setahun berlalu. Aku happy tanpa dia. Takde la hari-hari gaduh sebab aku ni kuat cemburu! Walaupun amik masa yang lama, aku berjaya heal hati aku. Yes, time heal almost everything =) Tak mudah nak lupakan semuanya dalam masa yang singkat. Nanti boleh la aku buat tips move on. Ye dak. Hahaha

KESIMPULAN: Kita haruslah berfikiran positif, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tapi bila kita nak tu kita dapat, jadi la manusia yang bersyukur. Kenkadang kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, padahal orang lain nak sangat apa yang kita ada. Kalau kita rasa kita susah atau tak cukup, ada orang yang lagi kurang dari tu. Sentiasa la berfikiran positif. Kalau masa mula-mula aku tak boleh terima kenyataan apa yang ex aku buat. Now aku rasa better. Kita kena bergantung pada Allah SWT dan bukannya pada manusia. Mungkin hari ni dia buat kita, kita tak tahu apa nasib dia nanti. Masa mula-mula dulu pon aku rasa macam nak tikam dia, tapi sekarang aku rasa tak. Buat apa nak balas? Hidup kat dunia ni sementara ja. Biar kan dia. Aku doa dia bahagia. Dan aku jugak harap aku bahagia. Nak gak kahwin cepat. Hahaha. Pls masuk meminang, aku terus terima (lol, I am kidding, I have to finish my degree =P)

Hereafter is better (Image from google)

Terima kasih singgah baca =)

Saturday, March 12, 2016

UITM Kampus Bandaraya Melaka: Part 1

Assalamualaikum

Memandangkan awal sem ni macam free sikit, jadi aku nak kongsi pengalaman hidup dekat UITM Kampus Bandaraya Melaka atau for short orang panggil UITM KBM. Aku akan bahagikan ikut part sebab kalau include semua akan jadi banyak giler wa cakap lu. So untuk the first entry ni aku nak story about tempat tinggal. Benda pertama yang aku google sebab nak taw & excited level 6823426788 nak taw life kat Melaka ni macam mana. Untuk sem 1 aku stay Kolej Tun Mutahir, sem 2 sampai now sem 4 insyaAllah sampai habis degree, aku stay dekat Apartment Yayasan Melaka.

Kolej Tun Mutahir

If ang lepasan asasi (penerapan), matrik dan STPM, ang jangan risau sebab ang akan dapat Kolej Tun Mutahir untuk pelajar perempuan & Kolej Tun Mamat untuk pelajar lelaki. Yuran kolej dalam RM400++. Murah sangat ni kalau nak dibandingkan dengan tempat tinggal lain kat Melaka.

Kolej Tun Mutahir atau dikenali as TMU ni ada 10 tingkat beserta 2 lif. Setiap tingkat ada 6 rumah if I am not mistaken la. Aku pon tak ingat aku stay tingkat bape. Nampak tak memory aku takkan ingat benda tak best. Hahahaha. Basically satu rumah ada;

- 2 bilik tidur(2 orang sebilik tapi ada satu katil double decker & satu katil single, i don’t know why ;p)
- 1 bilik utama beserta bilik air(4 orang sebilik, so ada dua double decker)
- 1 toilet 
- 1 balcony (view dari rumah aku dulu cantik giler!)
- 1 ruang tamu tapi ada 8 meja study
- 1 dapur tapi tak boleh guna untuk masak!
- 1 bilik ampaian
- 1 ampaian kat luar rumah

Itu saja rasanya. Aku dulu dok master bedroom. Memula macam riak gila bilik besar tapi tak best sebab takdek privacy. Bukan itu saja, aku dok katil atas, bertapa malangnya nasib ini. Dengan panas sume cukup sebab dekat dengan lampu. Even panas still aku suka bergolek-golek dan juga study dekat atas katil. Aku dan katil ibarat cinta sejati, kami tak boleh berpisah. Sob sob~

Bukan itu saja, aku ni penakut, jadi memang tak la memalam nak study kat meja kat luar bilik tu. Lagi pun, view dari bilik aku cantik which aku boleh nampak pirate park, river cruise, menara taming sari, the shore dan jugak jalan yang jem. Jadi bila aku study, sambil2 tu aku usha la kat luar tingkap tengok suasana malam yang cantik kekonon sambil digest apa yang aku baca.

Okay now jom ke;

Apartment Yayasan Melaka

Lebih dikenali sebagai AYAM oleh warga Melaka. Penah la aku naik taxi pastu pakcik tu tanya nak balik mana, aku cakap la nak balik Apartment Yayasan Melaka, lepastu pakcik tu confuse kat mana. Bila aku cakap AYAM baru diaaa ooooo~ Adalah tidak wajar harga apartment yang mahal dikenali as AYAM -,- Malah sebagai student yang berwawasan aku malu la nak sebut ayam. Hahaha. Tapi sekarang aku cool je. Bila orang tanya stay mana, aku akan jawab dengan bangga ‘Aku stay AYAM. HAHAHAHAHAHAHA’

Basically AYAM ada 2 lif, 16 tingkat, setiap tingkat ada 8 rumah dan setiap rumah ada; 

- 1 dapur
- 3 tandas
- 2 bilik mandi
- 1 bilik ampaian
- 1 ruang tamu
- 5 bilik (Satu bilik dua orang, lebih privacy =D)

‘Tapi kan, kenapa nak stay AYAM dah taw harga mahal gila?’

Sebab;

- Dekat gila dengan kampus, lagi 10 min pon sempat masuk kelas tu pon kalau naik tangga kat kampus. HAHAHA
- Dekat dengan tempat jual makanan (untuk makhluk kuat makan macam aku, ni penting!)
- Dekat dengan bank
- Dekat dengan mamak
- Dekat dengan The Store (tempat untuk berhibur)
- Dekat dengan hati awak~ ehhhh

Tu je la yang aku suka dengan AYAM ni. Rumah sewa len tak penah try lagi la. Ada rumah yang ada swimming pool weh. Walla la tapi jauh dari kampus. Kalau tak dah lama aku grab rumah tu. Next part aku cerita pasal lain pulak ye =)

Suka tengok dari tingkap or balcony kolej, tengok biawak, tengok boat lalu pastu excited. Muahahaha. Btw kan, nampak tak bangunan depan ni? Tu la AYAM. pastu tegok blah kiri sikit, tu kampus. Gambar di amik guna kamera henfon je. Huuu~

----------TAMAT PART 1----------

Tuesday, March 8, 2016

5 THINGS I HATE MOST

Assalamualaikum


Hari ni aku nak buat entry pasal 5 THINGS I HATE MOST. Ditag oleh MIA & thanks for the tag. Rules game ni ialah:

Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda yang paling hampa tak suka. Mention sapa yang tag hampa dalam entry tersebut. Hampa jugak dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan depa taw.

Dah tahu rules, jom start sekarang:

Aku paling tak suka bila tudung tak jadi, macam senget, kembung or dah iron tapi nampak kedut. Aku akan mengamuk siap hentak-hentak kaki sebab dah lambat nak ke kelas & selalunya tak sempat nak iron atau betulkan kekemas. Selalu la kena perli dengan rumate.
Aku paling tak suka mat mat motor yang bila lalu kat apartment ni dan menjerit-jerit. Tambah-tambah time tenga study nak final. Dalam hati, 'Amboi, happynya uollssss berkonvoi & aku dah nak separuh mati ni'
Bila kete masuk simpang tak bagi signal. Pergh, menyirap je aku dengan orang pangai cemni.
Aku paling benci bila aku terbangun lambat nak ke kelas. Pergh, rasa nak hempuk-hempuk semua benda. Semua benda jadi tak kena. Huhuhu. Kenapa la aku kuat tido & susah bangun ='(
Aku paling benci bila aku kat zebra crossing tunggu macam tunggul & takdek kete yang nak slowkan kete & bagi laluan. Weyh, hampa dalam kete kot, aku tepi jalan ni panas gila kot. Apa guna zebra crossing? Zebra ja la boleh lalu? Fine =( Tapi kan, kenkadang aku buat gila lintas sebab kalau tunggu memang mereput la cite la. Muahaha. Dan selalu kena marah, 'Alia, kau nak mati ke?'

Akhirnya siap jugak, bermandi peluh jugak la fikir. Hahaha. Gua nak tag:

You | You | You | You| You

dan awak semua yang baca entry ni =D 

Babai semua, nak g kelas jap & hopefully tak tido lam kelas. Huuuu~
 
Hak cipta terpelihara Vanilla Maple| Copyright-2013