Tuesday, March 8, 2016

5 THINGS I HATE MOST

Assalamualaikum


Hari ni aku nak buat entry pasal 5 THINGS I HATE MOST. Ditag oleh MIA & thanks for the tag. Rules game ni ialah:

Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda yang paling hampa tak suka. Mention sapa yang tag hampa dalam entry tersebut. Hampa jugak dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan depa taw.

Dah tahu rules, jom start sekarang:

Aku paling tak suka bila tudung tak jadi, macam senget, kembung or dah iron tapi nampak kedut. Aku akan mengamuk siap hentak-hentak kaki sebab dah lambat nak ke kelas & selalunya tak sempat nak iron atau betulkan kekemas. Selalu la kena perli dengan rumate.
Aku paling tak suka mat mat motor yang bila lalu kat apartment ni dan menjerit-jerit. Tambah-tambah time tenga study nak final. Dalam hati, 'Amboi, happynya uollssss berkonvoi & aku dah nak separuh mati ni'
Bila kete masuk simpang tak bagi signal. Pergh, menyirap je aku dengan orang pangai cemni.
Aku paling benci bila aku terbangun lambat nak ke kelas. Pergh, rasa nak hempuk-hempuk semua benda. Semua benda jadi tak kena. Huhuhu. Kenapa la aku kuat tido & susah bangun ='(
Aku paling benci bila aku kat zebra crossing tunggu macam tunggul & takdek kete yang nak slowkan kete & bagi laluan. Weyh, hampa dalam kete kot, aku tepi jalan ni panas gila kot. Apa guna zebra crossing? Zebra ja la boleh lalu? Fine =( Tapi kan, kenkadang aku buat gila lintas sebab kalau tunggu memang mereput la cite la. Muahaha. Dan selalu kena marah, 'Alia, kau nak mati ke?'

Akhirnya siap jugak, bermandi peluh jugak la fikir. Hahaha. Gua nak tag:

You | You | You | You| You

dan awak semua yang baca entry ni =D 

Babai semua, nak g kelas jap & hopefully tak tido lam kelas. Huuuu~

4 comments

March 8, 2016 at 3:48 PM

Good Luck ! ♥:)

March 8, 2016 at 4:42 PM

haha terbaekkk! ;)

March 8, 2016 at 11:00 PM

@• Ain Cho'in • Mekasih^^

March 8, 2016 at 11:01 PM

@M I A Hihihi. tenkiu

Post a Comment