Tuesday, August 29, 2017

Kenangan Dulu Kala

Tetiba rasa rindu zaman sekolah menengah dulu. Zaman nakal nakal. Zaman dapat coklat and kad from senior. Lol. Tapi aku dulu sumpah tak berani berkenalan dengan lelaki. Hahaha. Siap buang lagi semua tu. Takut dia buat guna guna. Apa lah yang aku fikir masa tu. Lepas tu masa aku form 1 and form 2 aku ni sangatlah tak berani buat salah, ikut peraturan semua. Kerja siap on time. Free time siapkan note dan aku jarang bergaul sampai la satu masa tu aku kena tegur dengan housemate =')

"Alia kenapa balik je terus masuk bilik, meh la lepak makan sesama ke."

Lebih kurang macam tu la. Aku ni jenis kalau tak rapat aku segan gila nak mati. Tapi kalau dah rapat memang shaiton la. Memang semua benda buruk ja yang hampa akan nampak. The real me lah dan semua kebaikan aku habis ditelan bumi. Hahahaha. Start form 3 memang aku totally different la. Pepagi keluar hostel lambat, banyak kali ponteng perhimpunan, buat buat sakit perut sebab tanak pegi perhimpunan, balik prep awal, ponteng assembly, pegi koop time bukan rehat and much more. LOL.

Selalunya bila ponteng prep petang kan, aku akan masuk bawah pagar. Kiranya before main entrance masuk hostel la. Dah ada lubang orang buat =') Tah sapa la yang buat, pape pon thanks cause it's very useful tho (I'd use it for so many times kot). Takda la besar mana, tapi muat ja aku masuk. Lolol. Masuk kat situ sebab pintu nak masuk always berkunci and ada pak cik polis yang jaga. My friends always call pak cik zombie. I don't know why zombie. Hahaha. Pastu ada lagi la nama gelaran pepelik.

Pernah ada satu time tu, HEP tahu taw pasai lubang tu. Time tu aku dalam bilik dok lepak ka nak tidoq tah tak ingat. Yang aku ingat HEP jerit, "Monyet mana ni yang masuk kat sini!" Taw dak weyh, berderu darah aku dup dap dup dap. Ni kalau buat roll call sumpah mati aku. Siryes talk. Pastu dengar ah HEP bebel. Then, terus lubang tu ditutup siap berdouble lagi. Hahaha.

Sekarang iolls nak jawab,

"Hi HEP, ai la salah sekor monyet comel yang masuk kot lubang tu. Kahkahakah."

Tapi kan, bila teringat balik. Its such a sweet memories to look back. Nakai ya amat. Kenapa ai jadi nakai macam tu >.< Better ai bergaul or not? Hahaha. Patut ai jadi ja nerd student, mesti sekarang dah dapat fly or jd engineer. Lulz. But.... am I regretting my life? Sure as hell no. HAHAHA.

Ai saja lah nak share gambar masa zaman BBNU dulu. Hahahha. Bersedilah untuk gelak guling guling okayyy. Jum mempersembahkannnn zazzzzzzz.


 Ni time pesta SEM. Kena fikir topik sains best and present.

 Cantik takkkk kami punya board. Muahaha. We got first place okay.

With my lovely cute friend, Nurul Huda (tak pakai matrix card sbb tak suka)

 Zaman selfie mintak kaki. Hang ingat comel? Wkwkwkwk

With my homeroom. Yg paling kiri dah kahwin and ada anak dah. Cepat betul masa berlalu. Huhuhu

 Me with partner nakal bersama-sama. Hahaha. Muka baru nak start teruk ni =( Mungkin balasan sebab nakal sangat. Lololol

Okay.... Maka tamatlah entry reminiscing untuk kali ini. Hopefully you guys enjoy. Share lah sikit korang nakal tak time sekolah dulu, hihihihi. Jumpa lagi di lain entry. Daaaa~

Nota: Semua gambar tidak diedit, so ada yg gelap and terlebih cerah. Muahaha

Wednesday, August 23, 2017

UiTM Kampus Bandaraya Melaka: Part 2

Assalamualaikum =)

Memandangkan hari ni rajin, jadi nak cerita pasai kampus pulak. A lil bit about rule jugak la nak share. UiTM Kampus Bandaraya Melaka ni ada 16 tingkat, takde pagar and just one single building. Everything dalam tu. Library ada dua hokey, ada lab, cafe, surau and classes. Oh ya, please don't miss the first part. Read here :)

The important rule kat UiTM ni ialah student tak boleh naik tangga dari level 1. Boleh naik dari level 4 above. Sebab priority diberikan kepada lecturers and staff sahaja. Kalau rasa nak kena saman terus (pay on the spot), you can try lah. Hahaha. Tapi aku selalu ja buat lulz. Tak pernah kantoi la. Tapi kena naik dari level 2. Nasib la kalau terserempak dengan polis bantuan atau time polis bantuan buat rondaan ka. My friends pernah kena (tapi amaran ja).

Semester lepas aku tengok kat setiap level ada notis amaran tak boleh naik tangga for students. Hahaha. Rajin betul lah. Oh ya, kalau nak naik dari level 1 boleh, tapi time malam or only on weekends. Lagi satu rule dia, kena always pakai kad matrik, tak boleh kalau tak pakai. Sebabkan UiTM ni one single building, every time hang nak masuk kelas, hang akan lalu depan polis bantuan dulu, yang akan pandang hang atas bawah. Muahaha. 

Setiap kali lalu, tangan aku secara automatik akan pagang kad matrik. This is to make sure that I wear it. Tapi sebagai manusia biasa, ofcos sometimes hang akan lupa. Especially time hang terlambat nak ke kelas ka. Time yang unexpected la. Tak mungkinlah nak balik amik kan even apartment sebelah je. So aku akan cover dengan buku which I will hold a book like this; 

This is the safest way when you don't wear your card =') - pic courtesy of google

Kalau tangan aku kosong, aku akan cecepat amik buku dari tangan kawan aku, atau keluarkan buku dari beg. Kalau takda sangat, aku jalan lelaju terus naik tangga. Or another way, jalan time reramai. Hahaha. Cam apa dah, ni tips taw kalau terlupa bawak kad matrik. Lulz. Okay, kita teruskan lagiii, lelaki kena berpkaian kemas and kalau perempuan haruslah berpakaian sopan, seluar ketat apa tak boleh okay. Thats why aku selalu pakai baju kurung dengan skirt ja. Senang. Dulu time UiTM Shah Alam, rilek jaaaa. Hahahha. 

Lain tempat lain situasi and keadaan dia kan. I think, this is what I can share la kot. Kalau ada apa apa lagi nak tanya, just drop a comment below and I will definitely reply as soon as possible. Sambil tanam anggur, apa salahnya help junior kan. Hahaha. Later I will explain more about my course. Stay tuned ! 
 
Hak cipta terpelihara Vanilla Maple| Copyright-2013