Tuesday, May 23, 2017

Cekelat

Assalamualaikum dear readers =)

Tetiba ja rasa nak makan cekelat sekarang ni. Tetiba rasa nak update pasai cekelat T____T I would like to present to you guys cekelat that I draw =')

Lukisan je uduh tp tuan comel =')

Semua ni ialah cekelat yang digembar gemburkan seperti tajuk entry di atas, comel bukan? Cepat cakap comel -____- (cam bodo) Orang utara panggil ni cekelat. Tak kesah la lolipop, kitkat, cadburry, nano, and the list goes on until someone make you realized that not all of these are cekelat ! wkwkwkwk

Pada suatu hari, Ally yang pishang berjalan jalan di dalam ofis sambil melawat Kacang di cubical beliau. Ally ternampak banyak cekelat di atas meja Kacang. Tanpa rasa malu dan segan (sila baca komik cumil seperti dibawah)


Dengan cofidentnya, Kacang kata tu bukan cekelat lalu mengguris hati Ally selama dua saat ! Ally terus menjawab walaupun sedikit terluka (tipu) 

Ally baru tersedar, rupa-rupanya, itu ialah gula-gula dan bukan cekelat. Kacang memberi sebiji gula-gula nano kepada Ally. Ally sangat gembira lantas kembali ke cubical beliau untuk sambung membuang masa =)

-------------------------------------

Kesimpulannya, Kacang salah faham dengan Ally sebab Ally menggunakan bahasa utara. Oh yaaa, Kacang orang Mersing, Johor. Sebenarnya, Ally rindu Kacang. Ally dah habis intern tapi Kacang lagi dua bulan. Goodluck Kacang ! Ally miss you =') And don't forget, all of them are still CEKELAT for me *degil* Sapa orang utara? Kita genggggg. Tinggalkan jejak, nanti saya follow you guys. Daaaaa~

Regards,
Vanilla Maple

17 comments:

+irsah said...

Dekat dengan bulan #Ramadhan macam2 makanan feveret terbayang2 kan?... Harap this year kami sefamili boleh kawal sikit heee :) kalau tak... hanyut jugakkk

Fa Tin said...

saya pun orang utara, aah "gula-gula" orang panggil "cokelat" pastu "biskut" orang panggil "roti". Bila cakap utara dengan orang selatan, mesti depa gelak. Tak tau kenapa hahaha btw nice entry. #supportbloggerutara

Anis Farhana said...

Semua saya panggil cekelat hahahahahaha kisah pulak aku gula gula ka apa haha >.<

Cekelat nano sedap!

nadhie wueen said...

Aihh lamanya tak nampak awak online :) salam ramadhan

I am LZ said...

Comel entry VM..
Iyer saya tak panggil gula-gula cekelat..
Pernah jumpa kawan2 sebut cekelat tapi merujuk kepada gula-gula.. So confuse jap, hihihi

Vanilla Maple said...

@ irsah hihihi, jangan hanyuttt. nanti menyesal >.< btw selamat berpuasa dear ^^

Vanilla Maple said...

@Fa Tin hahaha. kannn. tapi saya tak panggil biskut tu roti >.< terima kasih support. muaaahhh ^^

Vanilla Maple said...

@Anis Farhana Kalau orang bg lagi bertambah sedap :D

Vanilla Maple said...

@nadhie wueen Aaaaaa. tu laaa. busy sikit. ta pandai manage time.hahaha. Salam Ramadhan^^

Vanilla Maple said...

@I am LZ hihihihi. Masyehhh^^ Sekarang dah tak konfuse lah :)

izzati haruno said...

lama tak makan cekelat nano!! T.T

nuradilla rosnan said...

Cekelat

ANIS NABILAH said...

aah sebab perkataan ni la org sekeliling slalu confius XD almaklumlah kawan2 banyak yg orang KL

mamapp said...

Mama org johor so mmg asalnya pun xtau cekelat Tu gula2 rupanya

Rasya said...

Teringat dulu first time housemate dengan orang kedah. Banyak perkataan yang tak faham hahaha

anamizu said...

orang utara panggil roti semua roti even benda tu BISKUT MAYAT pun panggil roti gak. kan kan kan? kalau biskut yg org dlm pantang bersalin mkn tu baru sebut biskut kepala lutut atau biskut penumbuk hahaha.

sy org Perak tapi area Taiping (kira orang utara gak la kot sbb jenih becakap mmg guna hang-aku mcm org utara) =P

Vanilla Maple said...

@anamizu hahahaha. saya penah dengar gak org panggil biskut tu roti. tapi saya tak terpengaruh yg tu. hahaha. amboi, nak makan takut dengaq nama biskut tu >.< kira utagha la tu. hihihik. welcome to the club.

 
Hak cipta terpelihara Vanilla Maple| Copyright-2013