Cekelat

Assalamualaikum dear readers =)

Tetiba ja rasa nak makan cekelat sekarang ni. Tetiba rasa nak update pasai cekelat T____T I would like to present to you guys cekelat that I draw =')

Lukisan je uduh tp tuan comel =')

Semua ni ialah cekelat yang digembar gemburkan seperti tajuk entry di atas, comel bukan? Cepat cakap comel -____- (cam bodo) Orang utara panggil ni cekelat. Tak kesah la lolipop, kitkat, cadburry, nano, and the list goes on until someone make you realized that not all of these are cekelat ! wkwkwkwk

Pada suatu hari, Ally yang pishang berjalan jalan di dalam ofis sambil melawat Kacang di cubical beliau. Ally ternampak banyak cekelat di atas meja Kacang. Tanpa rasa malu dan segan (sila baca komik cumil seperti dibawah)


Dengan cofidentnya, Kacang kata tu bukan cekelat lalu mengguris hati Ally selama dua saat ! Ally terus menjawab walaupun sedikit terluka (tipu) 

Ally baru tersedar, rupa-rupanya, itu ialah gula-gula dan bukan cekelat. Kacang memberi sebiji gula-gula nano kepada Ally. Ally sangat gembira lantas kembali ke cubical beliau untuk sambung membuang masa =)

-------------------------------------

Kesimpulannya, Kacang salah faham dengan Ally sebab Ally menggunakan bahasa utara. Oh yaaa, Kacang orang Mersing, Johor. Sebenarnya, Ally rindu Kacang. Ally dah habis intern tapi Kacang lagi dua bulan. Goodluck Kacang ! Ally miss you =') And don't forget, all of them are still CEKELAT for me *degil* Sapa orang utara? Kita genggggg. Tinggalkan jejak, nanti saya follow you guys. Daaaaa~

Regards,
Vanilla Maple

22 comments

  1. Dekat dengan bulan #Ramadhan macam2 makanan feveret terbayang2 kan?... Harap this year kami sefamili boleh kawal sikit heee :) kalau tak... hanyut jugakkk

    ReplyDelete
  2. saya pun orang utara, aah "gula-gula" orang panggil "cokelat" pastu "biskut" orang panggil "roti". Bila cakap utara dengan orang selatan, mesti depa gelak. Tak tau kenapa hahaha btw nice entry. #supportbloggerutara

    ReplyDelete
  3. Semua saya panggil cekelat hahahahahaha kisah pulak aku gula gula ka apa haha >.<

    Cekelat nano sedap!

    ReplyDelete
  4. Aihh lamanya tak nampak awak online :) salam ramadhan

    ReplyDelete
  5. Comel entry VM..
    Iyer saya tak panggil gula-gula cekelat..
    Pernah jumpa kawan2 sebut cekelat tapi merujuk kepada gula-gula.. So confuse jap, hihihi

    ReplyDelete
  6. @ irsah hihihi, jangan hanyuttt. nanti menyesal >.< btw selamat berpuasa dear ^^

    ReplyDelete
  7. @Fa Tin hahaha. kannn. tapi saya tak panggil biskut tu roti >.< terima kasih support. muaaahhh ^^

    ReplyDelete
  8. @nadhie wueen Aaaaaa. tu laaa. busy sikit. ta pandai manage time.hahaha. Salam Ramadhan^^

    ReplyDelete
  9. @I am LZ hihihihi. Masyehhh^^ Sekarang dah tak konfuse lah :)

    ReplyDelete
  10. lama tak makan cekelat nano!! T.T

    ReplyDelete
  11. aah sebab perkataan ni la org sekeliling slalu confius XD almaklumlah kawan2 banyak yg orang KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, penat nak explain >.< boleh buat gaduh ooo bahahha

      Delete
  12. Mama org johor so mmg asalnya pun xtau cekelat Tu gula2 rupanya

    ReplyDelete
  13. Teringat dulu first time housemate dengan orang kedah. Banyak perkataan yang tak faham hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, then lama lama duduk dgn org kedah mesti terikut kan cakap kedah XD

      Delete
  14. orang utara panggil roti semua roti even benda tu BISKUT MAYAT pun panggil roti gak. kan kan kan? kalau biskut yg org dlm pantang bersalin mkn tu baru sebut biskut kepala lutut atau biskut penumbuk hahaha.

    sy org Perak tapi area Taiping (kira orang utara gak la kot sbb jenih becakap mmg guna hang-aku mcm org utara) =P

    ReplyDelete
  15. @anamizu hahahaha. saya penah dengar gak org panggil biskut tu roti. tapi saya tak terpengaruh yg tu. hahaha. amboi, nak makan takut dengaq nama biskut tu >.< kira utagha la tu. hihihik. welcome to the club.

    ReplyDelete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)