Thursday, February 18, 2016

Burger Bakaq Tersangat Sedap!

Assalamualaikum!

Aku nak share pasai Burger Bakaq Tok Uban. Dia punya sedap sampai licin pinggan pinggan aku. Abang aku yang bawak makan kat sini sebab aku teringin nak makan. Hahahaha. Roti ada macam-macam kaler. Nasib la dapat warna apa. Aku dapat hijau. Depa cam taw taw ja my fav kaler. Bukan ada burger ja, ada meatball and much more. Meh ramai-ramai pakat try =D




Nah alamat, kalau hampa nak mai =)

117 A Jalan Permatang Pauh,
13500, Pekan Permatang Pauh,
Pulau Pinang.

Daaaaaa~

Saturday, February 6, 2016

Jenjalan Penang; Taman Rimba, Miami Beach, Kapitan, Coconut Ice-Cream & Street Art

Assalamualaikum!

Hari ni aku nak story tentang tempat menarik kat Penang. Penang ni tempat lahir aku tapi still tak dan nak explore sampai habis sebab dok asrama dari form 1 sampai form 5 pastu belajar kat Shah Alam & Melaka. Sekarang macam-macam ada, Escape Park, Second Bridge lah (baru bape kali guna second bridge). Padang Kota pun ada yang baru yang lama. Tu tak ley blah. Aku blur je masa mula-mula kawan aku gitaw tu sebab aku ni jarang bejalan dulu. Hehehe. 

Pagi dalam pukul 8 lebih kami dah chow dari rumah. Kami decide naik ferry. Barulah cool gittew. Tah apa yang cool tataw. Masa aku gegedik nak amik gambau kat dalam ferry, aku hampir-hampir nak terjatuh disaksikan makcik dengan muka blagaknya dalam hati dia mesti tenga ketawakan aku. Isk isk isk. I cried. Terus decide nak lepak lam kete sebab malu. =') Taw kenapa muka belagak? Masa aku bergambau tu dia jeling je macam 'hek eleh, kau tak penah naik ferry ke?' Hahaha. Pitnah makcik tu plak. Maap. 


Sampai je kat taman rimba, kami cari port paling best. Syukur sampai awal la jugak. So tak ramai orang pon. Memang berenang sepuas-puasnya la. Dah dekat pukul 12 lebih mula ramai dan kami pon dah nak blah time tu. Tak syok aaa ramai orang. Lupa nak cakap, masuk mandi ni free. Tapi ada aktiviti lain jugak kat Taman Rimba tu macam hiking. Tapi rasanya kena bayar.








Cantikkan Taman Rimba, boleh bergambau. Btw kan, hampa perasan tak lama gila aku tak update and bw? Alhamdulillah aku masih bernafas. Kakaka. Balik dari berpoya-poya tak sedar diri ni, aku demam teruk gak la sampai femly suh pegi check sume. Takut kena kencing tikus. Huuuuu. Aku takut gak senanya, tapi aku tak suka pergi hospital/klinik sume tu =( Dok rumah makan ubat, cool fever sume. Yang takley blah aku tersilap makan ubat. Tu yang lagi buat aku lambat baik.

Dah baik demam, aku kurang selera, kenkadang muntah and whatsoever. So tired. Takpe sakit, hapus dosa =') Tadi, member ws kata bgtaw yang sungai kat Taman Rimba tu ada virus kecing tikus. Selamat nothing happen. Aku sangat-sangat bersyukur. Nak selit sikit masa pegi mandi kat sungai kat Baling, Kedah dulu macam tu jugak. Port yang aku mandi, the next day ada femly meninggal sebab kena kencing tikus. Aku rasa aku dah dua kali selamat sebab mandi sungai. Tobat aku takut nak mandi sungat, tapi aku suka =( Memang la maut, Allah SWT yang tentukan, tapi kita kena beware jugak. Okay dah la cite pasal tu, lepas mandi, kami singgah kat Miami Beach, otw nak balik tu mesti lalu punya. Hehe. Maka bergambarlah kami disitu. Banyak pulak tu. Adeh.





Next, kami pergi makan kat Kapitan. Kapitan tu femes kot. First time makan masa aku balik dari Escape Park. Nak tahu ke cite pasal Escape Park? Lama da kot aku p. Hahaha. Kalau rajin aku story okay. Kat Kapitan tu aku fall in love dengan nasi briyani milani. Aku kalau dah fall in love dengan sejenis makanan tu, aku makan ja sampai muak. Jadi aku tak try pon yang lain. Okay teruskan, masa lepas mandi tu lapaq gila. Siap cakap lagi;

"Aku nak makan nasi pastu nak makan nan cheese! Aku tak kira. Lapaq ni"
"Aku pon nak gak weh"
"Okay share"

Lebih kurang macam tu aaa dialog dia masa tenga lapar. Lepas makan, 

"Kenyang weh, tak jadi la nan cheese"
"Aku pon da kenyang"
"Hahaha"

Dialog dilakonkan kembali mungkin tak tepat, tapi lebih kurang la. Bhahaha. Nasib kami berfikiran waras tak order semua sekali. Kakakaka. Masa nak decide tempat makan punya lah susah. Actually nak try makan kat tempat len. Tapi takut tak sedap + tenga lapar gegila. Jadi kami pilih Kapitan yang memang dah taw terbaik dia tahap maksima. 

Nasi Briyani Milani Ayam Cheese (Aku hentam ja, tak ingat. Lol)

Ada lagi tempat sedap, Nasi Kandar Line Clear. Sekali ja aku makan. Member bawak. Dah kenapa aku jatuh cinta dengan nasi kandar ni. Maigaddddd. Aku tak dapat terima kenyataan yang aku start suka nasi kandar kat situ. Apa rahsia resepi dia? Tak dak sapa taw. Aku ni jenis tak suka nasi kandar. Kalau satu kedai aku tak suka, semua keturunan dia aku akan benci. Huh. Padahal depa takde buat salah dengan aku pon. Hahahaha. Ada la sebab kenapa aku tak suka dulu. Tapi sekarang kemain berjinak-jinak masuk kedai mamak =')

Tu antara yang sedap la. I can't deny. Pastu tempat favourite aku kat Pulau Aman. Perghhh. Tu nanti la. Lepas makan-makan, kami pergi cari ice cream kelapa dan bergambau kat Street Art. So sonok. Street Art ni hampa kena cari lukisan sebab di celah-celah bangunan. Gittew. Boleh la sewa basikal atau jalan kaki atau naik kete macam kami. HAHAHA. Sebab hujan kejap renyai kejap okay jadi malas la nak lama-lama. Nak terus balik je. Nanti-nanti boleh datang lagi. Iolls dok Penang je. Hewhew







Tapi ada soalan paling susah nak jawab bila dok Penang ni;

"Kenapa kau selalu cakap nak pegi Penang, bukan kau memang duduk Penang ke?"
"Penang belah mana?"
"Tasek Gelugor yang kat Pulau tu ka?"

Aku cuba untuk explain, "Oh, sebab kami dok seberang bukan dekat pulau. Kami dok kat mainland bukan island. Paham tak? kami sebut island = Penang. Aku dok seberang la! Seberang Perai Utara (hamek kau detail). Kat pulau tu Gelugor bukan Tasek Gelugor. Tasek Gelugor kat mainland. Kalau tak faham sudah la, penat aku explain. Bukan masuk exam pon. Dah jangan tanya"

Lebih kurang macam tu la, tokok tambah sikit bagi sedap dialog. Ingat masakkan tumis je boleh letak perasa tambahan =P Yang aku geram, awat nama kat island lebih kurang cam kat mainland. Susah nak explain. Buat darah aku menyirap je. Hahaha

Snap dulu picture before tido =')
  
Note; Semua gambar tidak diedit sebab malas. HAHAHA. Btw, terima kasih yang sudi baca, tinggalkan url blog hampa, nanti aku follow & visit balik. Nak update lama dah, tapi lepas sakit tu malas. Hahaha. Ni baru rajin balik. Heeee. Babai semua =)