Melancong ke Bhutan

Assalamualaikum semua !

Apa itu Bhutan? VM typo ke? Hahahaha. Sekali dengar macam hutan pon ada, tapi bukan hutan. Ia adalah sebuah negara kecil di Himalaya yang terletak di antara India dan juga China. Tapi yang menariknya, 70% negara ni adalah hutan. So, Bhutan = Hutan? Ada correlation tak wkwkwkwk

Dulu kan masa kecik kecik, aku suka sangat baca facts macam ni about a certain things. Random je lah, like sains atau sejarah sesuatu tempat ka. Boleh taw pasal Bhutan ni pon sebab pensyarah masa universiti bagitaw, dia kata negara ni kira macam rare la (masa ni belajar subject Global Market Place). So mari kita tengok apa yang rare sangat pasal Bhutan ni.

Negara Bebas Karbon

Disebabkan negara ni mempunyai 70% hutan, so ia adalah negara yang bebas carbon dan ada banyak oxygen. I guess they don't even need any air filter there =') Country ni punya prinsip, kalau depa nak tebang pokok pon, at least kena tinggalkan 60% untuk future generation nak hidup nanti. Wahh so future oriented kan?

Menarik Pelancong yang Berkualiti

Maksudnya kat sini, pelancong yang datang sini adalah pelancong yang berkualiti dan dalam kata lain mampu. Tak semua orang mampu datang negara ni include aku hahahaha. Tak cukup kaya gais nak bayar USD 200 - USD250 sehari. Kalau convert RM1000 sehari, walla masuk akal ke tak walaupun include tour guide, accomodation, hotel dan makan?

Dua cara ja nak masuk, wajib ikut pakej tour guide tadi atau rakyat Bhutan sendiri yang bawak masuk. So kalau takda kawan yang memang origin Bhutan, jangan mimpi la hihihi. Tujuan dia ialah nak jaga negara dia, nak limit tourist datang. Kalau datang pon dah taw rules dan regulation as negara ni bukan boleh buat sebarangan ye.

Lebih mementing Gross National Happiness dari Gross Domestic Product

Negara paling rare aku rasa sebab tak macam negara lain yang mementingkan kekayaan untuk happy. Negara ni boleh dikatakan 97% rakyat dia gembira tinggal disitu. Dah la dapat free education dan health. Kalau rakyat dia nak tanah buat rumah, boleh p mintak saja kat raja =') Sempoi kan?

Larangan Merokok

Wah berkobar kobar rasa nak pegi melawat negara ni. Aku tak suka bau rokok taw. Mesti best kalau dapat duduk sini kan hahahaha. Raja Bhutan melarang penanaman, penuaian, dan juga penjualan tembakau di negara tersebut. Tapi pelancong boleh bawak masuk rokok at least 200 batang. Setiap batang rokok kena bayar cukai ye. Memang menjaga betul la. Lepas tu bukan sebarangan ja boleh merokok kat sana. So nice. Please take me there =D

Banyak lagi taw fakta Bhutan, macam takda traffic light, negara paling last ada televisyen (tujuan nak kurangkan expose to outside), ada satu lapangan terbang sahaja (Paro Airport), bergunung-ganang, dilarang membunuh/ sembelih binatang (daging diimport dari India), dan banyak lagi.

Ayuh mari doakan VM kaya dan dapat melawat Bhutan dengan mata kepala sendiri. Buat masa sekarang kita tengok gambar dan baca fakta saja dulu hihihi. Fakta ni VM dapat from pensyarah, pembacaan buku dan multiple info from internet jugak. It's true that reading is like travelling the world =)

Pic courtesy of google

Pic courtesy of google

Pic courtesy of google

Okay let me know, after reading this facts, would you be interested to visit Bhutan? Ataupun ada tak any country in your mind yang hampa rasa nak pergi sangat dan why? hehehe

16 comments

  1. Nak visit tapi tulah, so expensive. If ada peluang, mmg takkan dilepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau ada peluang memang kena pi. Lain mcm negara ni.

      Delete
  2. Wah...menariknya..terima kasih info..
    Rasa macam dalam kisah dongengan kan,rupanya memang wujud negara begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tulah, memula dengar macam tak masuk akal. patut la happiest country, nak apa semua free huuuu

      Delete
  3. eh..eh..menariknya...SA pun kalau melancong suka pi tempat yang mcm wujud dalam kisah dongeng...lagi satu memang expose tempat tu..takde pi semata nak shopping..kalau shopping pun beli souvenir utk family dan kawan- kawan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kita nak p tempat yang kita boleh menghayati history dan nature kan so dapat berlajar new thingss. setuju bab souvenir tuu hihihi

      Delete
  4. Cantiknya. Bagus undang2 mereka bagi menjaga kelestarian.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tahu tentang Bhutan. Menarik untuk dilawati. Berapa ramai la penduduk dia ya

    ReplyDelete
  6. memang menarik, penduduk dia tidak terlalu ramai rasanya hihihi

    ReplyDelete
  7. nk travel tapi tersekat masa, duit, kehendak dan izinNya., aminn

    ReplyDelete
  8. cantik, sesuai sangat untuk orang yang suka nature. Menarik juga fakta yang negara Bhutan pentingkan gross national happiness

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, i love nature hahaha antara sebab interested dgn tempat ni. betul tu yg penting happiness =D

      Delete
  9. negara yang jarang dengar orang dapat pegi kan hehe... tp ada baca gak view sana cantek

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak masuk jugak negara tu dah la mahal. tp macam worth la kalau view camni hihihih

      Delete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)