Meokja Korean Food Cafe at Seberang Jaya, Pulau Pinang

Assalamualaikum semua | Aku first time makan kat kedai ni sebab kawan aku suggest, dia kata sedap and have good review. Apa lagi memang excited la nak try. Makanan Korea pulak, nak ke Korea tak tahu bila, dapat makan pon jadi lah hihihi. Dekorasi dalam cafe pon sangat cantik dan tenang. I love pastel colour !

Pernah jugak dulu sekali makan makanan Korea dekat Queensbay Mall. Rasa nak menangis je sebab hambar. Dah la mahal T___T Before lupa cerita pasal makanan, ni alamat Meokja Cafe ye.

Meokja Korean Food Cafe
No 11 (Ground Floor),
Jalan Todak 3 Bandar Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang

Belikan Aqil kasut di Billion. Comel sangat =)

Oh ya kedai ni bertentangan dengan Billion Seberang Jaya taw. Masa kami sampai tu, agak ramai orang tunggu di luar sebab kedai full. Alang alang lupa bawak kasut Aqil, kami ke Billion dulu la beli sementara tunggu pihak Cafe call. 

Tak larat iolls dan rakan rakan nak mendukung Aqil. Walaupun dah tawen, kita masih boleh melepak dengan rakan ye hahaha. Rasa bersalah pulak kalau pegi jalan makan sedap tapi tak bawak anak itew aww. Husband taknak ikot so boleh la bergossip gurlss. Hihihi

Iced Peach Tea | RM6.90 ; Susu | Percuma hehehe jkjk

Aegi Meal (Kids Meal) | RM12.00

Untuk kids meal ni, rice ball dia dah habis, pihak cafe bagi option nak tukar fries or honey chicken. Sebagai mami yang bijak, haruslah honey chicken ! Fries banyak banyak nak buat apa hahahah. Sedap gila taw honey chicken dia.

Japchae | RM20.00

Cheese Rabokki | RM33.00

Beef Kimchi Jjigae | RM37.00

Mix Flavour Chicken | RM35.00

Bagi aku, dari air sampai ke makanan semua sedap. Terkejut taw masa first rasa makanan ni sebab sedap sangat. Lagi dua kawan aku pon cakap sedap, Aqil pon makan banyak, tinggal sikit sikit je tak habis, takkan lah budak menipu kan hahahha.

Taw tak first words lepas makan apa?

"Sedap !"

Tambah sikit, sebab terkejut

"Are we actually born-korean? is the korean blood flow through us?"

Terpaling korea sangat, menyampah taw. So bagi aku kena la dengan taste aku dan semua yang datang. Alhamdulillah. Walaupun agak mahal, tapi portion dia besar plus tak habis kena tapau. Banyak lagi menu lain yang nampak rancak dan expression dari netizen lain macam sedap sangat. Kena repeat lagi next time. Semestinya selepas gaji akan datang bhahahahha

Dah kenyang kan, raklu pape roger hihihi. Thank gugurls for lepaking with me <3

Nota: Btw, ni bukan review Meokja Korean Food Cafe yang berbayar taw dan seperti biasa, sedap pada aku dan mungkin kurang pada hang. Taste bud setiap manusia tidak sama. Go and try first ! Kalau tak sedap takyah la mai dah, kalau sedap jum repeat !

Thank you for reading this entry !

24 comments

  1. Nampak semua sedap..Tapi saya tak biasa makan makanan Korea🤭.Anak-anak ajak oun saya belum ada keinginan nak ikut depa makan makanan Korea tu.Tapi manisia kan berubah-ubah..Mungkin ke depan nanti suka sapa tau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana taw lepas try terus jatuh cinta dengan makanan Korea, auto ada darah Korea nanti Hihihihi.

      Delete
  2. Ramai yang rekemen makan sini, nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. nampak menyelerakan je Beef Kimchi Jjigae tu...geram tgk enoki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat yg ni, memang puas hati dengan portion besar =D

      Delete
  4. Wah! dah review sedap nanti macam nak try yang beef kimchi Jjigae tu jugaklah sebab Mrs. A sejenis yang makan nasi

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap semuanya tu awak..

    ReplyDelete
  6. Yang ada kids meal ni memang menarik...takdelah anak kecil asyik terliur makanan parent hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul, lagi pon menu untuk parents mostly yg pedas pedas hahaha

      Delete
  7. Eh. Eh .nampak sedap semua makanan tu ha ..macam ni la best kan..dh kawen tp ada me time keluar ngan kawan-kawan...seronok la Aqil kuar ngan girlfriends semua ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe memang sedap, Aqil join gossip gurls laa >.<

      Delete
  8. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, insyaAllah akan join kalau sempat yaa hihihi

      Delete
  9. Nampak sesedap semuanya
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  10. wahhhh syoknya dah kawen dpt hang out gossip gerlsss lagi eehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan, takut kawan lupa muka kita nantii >.<

      Delete
  11. Yes.. setuju dengan taste bud tak sama tu..
    Kalau ramai cakap best dan sedap selalunya emmang akan sedaplah.. Portion dia banyak.. berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan, sebab ada orang tak suka makanan Korea..
      Betul tu ramai cakap sedap. Berbaloi baloi harga dengan kuantiti yang dapat..
      VM pon nak repeat lagi ni hihihi

      Delete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)