Actually bukan introvert, tapi ambivert, extrovert jauh sekali

Hello gais,

Haritu aku ada cerita kan yang aku pergi kenduri, tapi aku tak reti nak start bercakap dengan orang. Bukan aku ada masalah percakapan atau sakit gigi mahupun gigi rongak. Cumanya aku ibarat kelu dan tak tahu apa nak berkata-kata. Tak macam di media sosial kelihatan aku sangat kepoh, peramah dan sopan santun. Tiber.. Baru baru ni aku ada buat personality test taw, and the result is, I am an ambivert.

(pic courtesy of google)

Ambivert

  • Suka berada dengan orang yang dikenali sahaja, macam kawan rapat dan juga ahli keluarga. Macam bila bersama dengan orang yang dikenali ni, hang takkan percaya dia seorang yang peramah dan loyar buruk. Orang yang dikenali dan rapat ni macam dapat bagi positive vibes dekat orang ambivert.
  • Tapi kalau duduk dengan orang yang tidak dikenali, orang yang ambivert akan rasa uncomfortable dan buat energy dia drain (hilang). So after such meeting, dia perlu masa untuk diri sendiri calm down. Wah lain macam eh kau mengada !
  • Seorang yang suka bersosial tapi perlukan masa untuk recharge before dan after jumpa. I just remember first time jiran panggil kenduri, husband and I dok tolak each other untuk keluar rumah jalan dulu. HAHAHA. Nonsense sangat taw.
  • Pergi majlis lelama pon orang jenis ambivert akan mudah rasa pishang, macam awkward, tak tahu nak cakap dan semua tak kena. Macam habis topic la.
  • Also kena bebetul mentally prepare before nak hadap any challenging situation macam public speaking ka, networking ka (bos aku suruh pergi bersosial, sampai ke sudah aku takpi hahaha). Satgi orang fikir, 'ngapain sih lorh tetiba datang sembang'. Oh aku newbie btw.

Ambivert is awesome

  • Dah ambivert dah la, pehal nak awesome plak kan. Sebabnya orang ambivert ni pandai strike balance, dia taw bila perlu cakap dan bila tak perlu cakap.
  • Research by Adam Grant mendapati bahawa, the best sales come from ambivert person (termasuk lelaki dan perempuan). Mantap kan. Jangan pandang sebelah mato yoo.
  • Ambivert also seorang yang assertive, confident dan pandai mengekpresikan perasaan tapi pada masa yang sama bukan agressive. Dengan cara ni dia akan dapat defend view dengan baik. Pandai resolves conflict camtu.
  • Also, have a good persuasive skill ! Pandai mengutarakan pendapat dan membuat orang lain bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
  • Ambivert akan mempunyai kawan rapat yang tidak ramai tetapi berkualiti sebab dia pandai protect diri dia dari toxic people.

Ambivert problem

  • Tapi masalah ambivert ni, dia suka bercakap tapi dia akan plan dulu apa nak cakap. Kadang buang masa berfikir ja orang kata. Contoh macam nak tanya soalan dalam kelas, dia takkan tanya time orang ada, dia akan jumpa cikgu personally sebab dia merasakan soalan dia tu macam 'bodoh' dan mungkin orang akan gelakkan. While in fact, nobody cares =')
  • Bila bad mood semua tak kena. Malas nak layan engko !
  • Suka keluar kalau mood baik dan jumpa dengan orang yang disukai dan selesa.
  • Selalu terperangkap diantara nak jadi introvert or extrovert. Masalah identiti diri. Hahaha

Description of each personality (pic courtesy of google)

Nota: Tbh, susah nak describe personality manusia ni, sebab tu ada orang yang mempunyai personality disorder. Kesian taw. There is no right or wrong dalam personality trait ni. The right thing yang kita kena buat is to live, act, and address who you really are. Act on your strength =D

6 comments

  1. I'm through introvert. Memang sangat kuat.
    Hehe betul ikut keselesaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, padahal banyak idea kan, tp kalau in the crowd of people terus takda idea nak cakap >.<

      Delete
  2. mungkin saya juga kategori ambivert hehe. Suka bersosial tapi cepat2 nak balik. Kalau dgn orang yang kita rapat boleh saja stay lama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu, kalau kawan rapat lagi lama rasa nak lepak heheheh

      Delete
  3. Dah berusia ini macam ke arah introvert pula.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi paham..
      Bukan sombong cuma jadi tak de idea pulak kan nak bercakap apa hahaha

      Delete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)