Review CU Mart Simpang Ampat


Assalamualaikum readers !

Apa khabar semua? Sihat ke? Dah lama aku tak blogwalking ni sebab cuti minggu lepas aku balik Ipoh. Lepas tu Isnin sedara datang rumah. Tak sempat le teman nak berblogwalking. Nanti aku curi curi masa untuk reply semua komen dan blogwalking ye.

Ni quick update sebab harini walaupun work from home, kemain busy dari pagi hingga ke petang. Maklum la economy downturns so banyak isu nak kena solve. Aku pulak newbie lagi masih blur dan banyak yang kena belajar.

By the way, CU Mart ni baru bukak je kat Simpang Ampat. Excited la nak try. First time ni nak try, selalu ke Family Mart je. Iconic Simpang Ampat ni macam surprise taw. Aku selalu excited nak tengok kedai apa yang akan bukak. So far dah ada Starbucks, MCD, dan KFC. Kena jimat jugak, asek beli dekat Grabfood je, bankrap la aku hahaha. Dah dekat ni jimat sikit boleh terus pegi beli sendiri.

Jimat tu tak jugak la kalau lapaq masa pi beli tu lepastu salahkan setan bila membazir. Muahahaha. Total damage cost harini RM37.65 lepas ada discount pe tah. K lepas ni kita prep food je masak. Jangan mengarut dah -,- Jum review sikit dari aku dan apa pendapat lidah aku >.< Gigih time lunch pegi beli hihihi

Iced Milk Chocolate | RM6.99 | Sedap sangat air ni boleh repeat. Order direct kaunter.

Spicy K-BBQ Chicken Pau | RM2.99 | Sedap sangat makan panas panas. Lembut dan perfect. Order direct kaunter.

Hot & Spicy Tteokbokki | RM7.99 | Serius rasa nak nangis, tapi bukan sebab sedap, tapi sebab tak sedap bhahahaha. Cemana boleh most recommended. Maybe overcooked kot. Tak rasa kenyal as it should. Nasib ambil saiz kecil je. Maybe not my taste. Order direct kaunter.

K-Spicy Cheezy Corn Sausage | RM8.99 | Yeay sedap gila yang ni makan panas-panas. Tak payah jauh jauh pegi Family Mart or mohon Family Mart bukak dekat sini satu hahahaha. Order direct kaunter.

Tuna Mayo Gimbab | RM9.99 | Boleh la tapi macam tawar sikit. Erk?

Marble Choco Bun | RM3.59 | Tak rasa lagi tapi nak beli sebab nafsu menguasai diri. Salahkan nafsu pulak. Hahahah

Okay itu saja, see you guys soon yaa. Keep lepaking and reading my blog^^ I really appreciate each one of you that spend time in my blog ! Lets spread love <3 Okay nak pegi ambil anak kat pengasuh jap Hahaha. Bye.

18 comments

  1. sos pedas corn sosej tu pedas tak mcm FM?

    ReplyDelete
  2. byk kali juga tgk org review mkanan CU mart ni tp blm sempat cuba. kita kena salahkan nafsu sbb bukan salah kita hahaha

    ReplyDelete
  3. Tudiaaa..memborong kat CU. Pernah masuk CU ni sekali je. Tp time tu cuma beli kopi starbuck yang dalam botol tu, cheesecake pastu hotwheel Ahnaff. Takde order pape pun thru kaunter 😅. Kuat rupenye imanku menahan godaan nafsu. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha jangan sesekali cuba order..
      sedap nanti takleh move on pulak hahahaha

      Delete
  4. Cu ni dah level FM jugak kan. Lebih kurang makanan dia. Ada juga baru buka berdekatan dengan rumah tapi belum pernah mencuba lagi. Kalau dah masuk tempat macam ni setan pun berbisik beli lagi dan lagi. Tak sempat nak jimat. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lebih kurang FM, dedua ada pro and cons laa. hahaha..
      tapi FM ada oden.. tula bahaya masuk kedai camni..
      semua rasa nak hahaha

      Delete
  5. wahhhh...iced chocolate, favourite..selalu nmpk CU ni tapi tak pernah singgah...nak try lah yang VM suggest ni except Hot & Spicy Tteokbokki tu...haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah p try kaihh..
      semalam pon VM p repeat corndog tu >.< teringat je..
      kena makan panas panas baru cheese dia cair taw =D

      Delete
  6. Teringin nak cuba makanan CU Mart tapi tak ada cawangan yang berdekatan.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap Iced Milk Chocolate tu, nak cuba la theobokk dia

    ReplyDelete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)