Healthy Tips | Drink Mineral Water


Mesti semua orang dah sedia maklum kan dengan kebaikkan minum air mineral? Tapi selalu kita dengar kena minum 8 gelas sehari kan? Aku ada baca sharing dekat satu IG story ni. Actually kuantiti air yang kita perlu minum sehari adalah berdasarkan berat badan kita rupanya. Patutlah rasa muak kalau aku minum banyak hahahaha

Hampa boleh cuba kira guna calculator online ni. Just masukkan berat badan, aktiviti yang hampa buat, dan juga cuaca kat Malaysia ni. Cuaca mestilah tropica kan. Kalau salah sila betulkan hahaha. Pastu click 'calculate' and then tadaa~ it will help to calculate for you. Dah takyah pepening nak kira sendiri hihihi



Jadi lepas calculate, rupanya aku kena minum 9 gelas sehari huhuhuhuhu. Banyak nau. Btw, ni hanyalah estimation. The truth is based on our lifestyle jugak, contoh pregnant atau breastfeeding mom kena minum extra untuk keep hydrated =) Okay jum kita tengok apa benefit minum air mineral.

KEBAIKKAN MINUM AIR MINERAL

  • Menurunkan berat badan
  • Memberikan tenaga
  • Kulit yang sihat
  • Baik untuk sistem penghadaman
  • Baik untuk sakit kepala
  • Menjaga kesihatan buah pinggang
CARA UNTUK JADIKAN MINUM AIR MINERAL SEBAGAI HABIT

  • Bawak botol air kemana sahaja
  • Letak botol air di atas meja pejabat/ kerja
  • Bila rasa nak makan snack, cuba fikir air mineral pon rasa macam snack ehh
  • Tukarkan minuman manis atau bergas kepada air mineral
  • Track setiap kali minum air mineral
WAKTU YANG TERBAIK UNTUK MINUM AIR

  • Selepas bangun tidur
  • Selepas bersenam
  • 30 minit sebelum makan
  • Sebelum mandi
  • Sebelum tidur
  • Bila rasa letih
Okay sekian, itu saja sharing on healthy tips. Kalau ada apa-apa nak tambah boleh komen di bawah. Ayuh bersemangat minum air mineral tak kira di mana jua kita berada. Mulakan sesuatu yang baik untuk diri sendiri sedikit demi sedikit. Cewahhh

20 comments

  1. tu lah baru je tahu kena minum ikut berat badan ehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau dah biasa minum air mineral/kosong, tak nak dah minum air manis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena selalu bawak air mineral p mana pon hehehe

      Delete
  3. Dahulu rajin buat minum air 8 gelas lepas itu malas

    ReplyDelete
  4. Minum banyak air pun boleh kembung perut.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kena minum sekadarnya yg diperlukan oleh badan hehehe

      Delete
  5. Wow.. Kalau kira mesti banyak kena minum.. hehehe.. tq share..
    Sha dah follow sini juga.. tq ye follow blog Sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu, actually banyak kena minum^^
      Aww thank you sudi follow VM balik hihihi <3

      Delete
  6. minum air masak, kurangkan minum air manis potong kaki., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kena jaga kesihatan sama..
      Semoga kita konsisten minum air masak ye..

      Delete
  7. nak disiplin minum air masak ni banyak2 memang susah betul hhaha.. semoga istiqomah dan dapat buat dgn konsisten laaa... ingatan untuk diri sendiri juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, susah nak konsisten.. adehhh
      slowly but surely hihihihi

      Delete
  8. I baru je calculate, I kena minum sampai 15 gelas sehari ya rabbi patutlah selalu dehydrated rupanya tak cukup air :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kan kita kena minum huhuhu..
      slowly increase quantity untuk minum hehehhe

      Delete
  9. alhamdulillah sy dah hmpr sethn amalkan mineral water setiap hari. byk perubahan yg dialami antaranya rambut krg gugur

    ReplyDelete
  10. baru tahu baper banyak kena minum air kosong ni..akak memang selalu bawa botol air bila keluar..kat ofis,dah jadi rutin minum air kosong...kat rumah pun sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bguslah.. penting ni air kosong untuk badan kita =)

      Delete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)