Assalamualaikum semua!
Haritu aku ada join seminar kewangan sebab aku nak belajar macam mana nak manage money. Al kisahnya pernah la terciduk teruk masa muda dulu. Bhahahha. La pon muda lagi =P More older more wiser. Selalu nak kena belajar from mistake, letih la kan hmmm. So to be frank, aku bukan pakar, cumanya nak share sedikit sebanyak ilmu yang aku dapat dari seminar tersebut.
5 Rahsia Orang Kaya Yang Kita Wajib Tahu
1. Buat Matlamat Kewangan
Kena ada vision board, baru nampak matlamat tu. Kita kena tulis sebab ada research mengatakan, bila kita tulis, kita akan tend untuk capai matlamat tu. It act as mental image. Tak kesah la vision board atau buku peribadi kita yang kita hari-hari tengok. Aku pernah tulis dalam buku, satu satu jadi kenyataan. Try this method !
2. Ada Formula Kewangan
Ikot percent yg kita mahu dan mampu. Jangan ikot orang lain, setiap gaji kan tak sama, yang penting disiplin. Contoh 20%, 30%, dan 50% dari gaji tu berapa percent yang kita nak labur? Macam teknik yang aku belajar ni, 10%,10%, 20%, dan 60%.
3. “Bersusah-susah Dahulu”
Tahan nafsu which is live below your means. Yang penting delay gratification sebab kita ni aseklah nak mereward diri sendiri sampai tak simpan duit lah. Lolol. Sebagai orang Islam, kita mesti berbakti kepada masyarakat jugak. Jadi haruslah create sesuatu untuk legasi akhirat. Sedekah jangan lupa. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain ye.
4. Focus Aset Sebelum Liabiliti
Asset will create money while liability will create more commitment. Kita mesti ada focus apa yg kita nak target. Apa asset yang kita nak simpan dan kumpul. Contoh liabiliti ialah kad kredit. Kad Kredit ni memang hutang yang paling jahat la. Aku terciduk sebab ni tapi alhamdulillah dah settle bab ni hehehe. Ada masa aku cerita pengalaman aku.
5. Ada Mesin Mencipta $$$
Kita takyah susah susah beli mesin ni tapi kita kena taw macam mana nak diversify saving kita whether nak simpan emas, tabung haji, ASB, dan other instrument. Let the money work for us.
So kesimpulannya, kena settle debt dulu and saving kaw kaw. Kalau duit tak cukup kena la usaha macam tulis blog ke. Tiber hahaha. Aku menulis for fun, kalau ada rezeki alhamdulillah. Meh la klik iklan kan blog aku ni ha. Sedekah cklik =') Btw nii apa yang aku belajar. Yang mana rasa ilmu ni baik, boleh share. Semoga kita dilindungi dari muflis. Mintak dijauhkan.
Nota: Dulu hari hari lalu jambatan aih, takdan nak simpan duit. Tol sebulan RM200, minyak RM400, hmm malas la cerita hahahaha. La ni alhamdulillah tempat kerja dekat =)
Thank you for reading this entry !
bab ni yg x pandai ni..
ReplyDeletehahahaha sama lah. adus. post ni sebagai peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa jugak >.<
DeleteKaya harta hanya dunia, kaya budi bahasa, sampai bebila orang akan kenang.. tapi selagi hidup, perlu juga ada impian untuk kaya kann..
ReplyDeleteyup betul tu sis Lin. semoga berjaya dan kaya dunia akhirat hihihihi
DeleteNice sharing.. tq..
ReplyDeletehehehe, sama sama Sha <3
Deletekaya seperti misteri...ramai yang nak tetapi ramai lagi yang tak sanggup melalui jalan menuju kekayaan
ReplyDeletebetui, jalan nak melalui tu sangat susah huhuhu
Delete