10 Tips Menjaga Kesihatan Emosi Anak


Assalamulaikum semua | Sering kali kita tersilap langkah dan kata bila terlalu marah atau ikutkan emosi. Setiap ibu bapa mesti akan cuba untuk lakukan yang terbaik kan? Macam aku kadang-kadang tak boleh nak kontrol perasaan. Anak tantrum, aku pon nak ikut tantrum huhuhuhu. Sharing ni dari Dr Rezda Zainol di twitternya. Aku share di sini sahaja.

10 TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI ANAK

  1. Pandang mata anak ketika bercakap dengan dia, kalau pegang phone, mohon letak ketepi
  2. Selalu peluk cium anak tanpa pilih kasih
  3. Bercakap dengan nada suara yang rendah *i need to control this tambah masa marah
  4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking. Respon and not react
  5. Pantau bila anak guna gajet. Jangan percaya semua kandungan video yang mereka tengok
  6. Lebih banyak beri kata galakkan dari ugutan
  7. Jangan bagi semua yang anak minta. Kena didik anak supaya faham ada perkara yang mereka kena usaha untuk dapatkan
  8. Hargai hasil kerja anak walaupun tidak sempurna. Kena validate emosi anak
  9. Jangan bohong pada anak walaupun niat untuk mendidik. Jelaskan dengan baik ikut usia mereka
  10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari. jadikan tempat utama untuk anak luah emosi supaya bonding dengan anak lebih kuat
Kita semua tidak sempurna, tapi itu bukan alasan untuk sering melakukan kesilapan, berusahalah untuk menjadi yang terbaik dan berubah setiap hari. Semoga kita dapat menjadi parents yang terbaik untuk anak-anak kita. InsyaAllah amin =)

24 comments

  1. Betul..sebagai ibubapa kena pandai dan sentiasa faham anak anak...tapi kena ingat...x semua keinginan anak perlu diturutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. VM sedang belajar untuk faham anak jugak ni..
      kena jugak tak turutkan apa yang dia nak takut dia terbiasa semua nak dapat kan dengan menangis je =(

      Delete
  2. Bagus tipsnya.. paling utama sebenarnya, FOKUS .. fokus ni banyak cabang, hilang fokus, maka, kena mula dari awal semula.. *faham tak? Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak fokus macam mana tu..
      VM kadang cuba nak praktik apa yg dibaca dan dipelajari, tapi tu la iman senipis kulit bawang ni =')

      Delete
  3. Kadangg puas kita baca semua tipss parenting ni tp memanjang sukar nak dilaksanakan.. Aishh kena byk bersabar lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuuu, sukar betul nak buat huhuhuhu
      the key is patient, takdan patient aih dah jadi halilintar =')

      Delete
  4. kdg2 terlepas jgk amarah kat ank.. lepas tu nyesal..
    kdg2 terckp kuat.. huwaaaaa.. sedihnya.. rs bersalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lahh...
      setiap kali termarah, mesti VM akan mintak maaf dekat anak..
      pastu sedih kenapa jadi macam tu padahal tak sengaja kan =(

      Delete
  5. Untuk ibu-ibu bekerja kena pandai bahagi dan urus masa bersama anak-anak. Masa yang dah berlalu tak akan kembali dan berulang semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, VM is cuba nak enjoy the journey..
      yelah balik kerja dah penat huuu
      tapi masa berlalu takkan kembali lagi moment moment ni kan..

      Delete
  6. byk juga baca tips2 berkenaan parenting. bagus ni utk ana guna masa depan nti ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi, memang kena ada ilmu..
      simpan siap2 untuk masa depan =D
      VM pon sekarang sambil sambil baca buku parenting jugak..
      Sejenis gigih nakkan yg terbaik hihhii

      Delete
  7. Ilmu keibubapaan ini sangat penting untuk menjaga emosi anak. Banyak perkara yang terlepas pandang. Sebagai manusia, memang kita tak terlepas dari kesilapan. Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu untuk jaga emosi anak. takut tanpa sedar, we are the factor they didnt know how to manage their emotion huhuhu..
      InsyaAllah sama sama cuba untuk lakukan yang terbaik^^

      Delete
  8. Setiap hari mesti ada je ilmu baru belajar termasuk dari anak tu sendiri. Pembelajaran yang tak pernah ada penghujungnya

    ReplyDelete
  9. Betul...anak-amak ni mengajar kita macam-macam perkara sebenarnya. Setiap hari akan rasa kurang ilmu menjaga anak terutama bab-bab jaga emosi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan.. semoga kita istiqomah untuk lakukan yang terbaik^^

      Delete
  10. Tips² parenting ni memang baguskan. Bila baca tu rasa motivated. Tapi, kadang tu bila penat dengan urusan harian, anak pulak bnyk ragamnye, habis semua tips hilang 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha betul sangat tuuu..
      Cuba praktik, tapi bila mai penat tu mula laa lupa habis tips >.<

      Delete
  11. betul sgt...bukan mudah nak membesarkan anak2 ni. mcm2 dugaan nya

    ReplyDelete
  12. td terbaca tweet dr seorg dr kanak2. katanya hati2 bila berkelakuan/ berbicara/bercakap dpn anak2. sbb otak mereka sgt pantas menyerap perlakuan ibu bapa mrk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. InsyaAllah akan cuba buat yang terbaik huhuhuhu

      Delete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)