Resepi Terung Ungu Goreng Tepung yang Simple dan Sedap

Assalamualaikum dan hi !

Harini aku nak share resepi terung ungu goreng tepung yang simple dan sedap. Tak terfikir pulak sedap buat terung goreng ungu simple macam ni. Selalu kan orang buat masak sambal. Hihihi


Pergh tengok pon dah sedap kan, apatah lagi bila makan hihihihi. Senang sangat nak buat. Actually resepi dia ada masak cili tapi biasalah aku suka benda simple dan mudah =)

Bahan-bahan:
  1. 1 batang terung ungu besar
  2. 1/3 cawan tepung jagung
  3. 1/3 cawan tepung ubi
  4. 1/3 cawan tepung bestari (original/pedas)
Cara-cara:
  1. Potong terung memanjang dan rendamkan dalam air sejuk sekejap.
  2. Campur ketiga-tiga jenis tepung dan gaul rata.
  3. Salutkan terung ke dalam adunan tepung.
  4. Goreng ke dalam minyak yang panas (pastikan panas supaya terung tidak menyerap minyak).
  5. Gorengkan sehingga keperangan dan kelihatan rangup.
  6. Sedap dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, dan semua jenis lauk kegemaran. Bertambah nasi bila makan hehehe. 

Simple sangat kan? Boleh lah mencuba =D

14 comments

  1. Ni x jadi lauk ni..jadi kudapan macam tu aje ni...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha tahu takpa, saja goreng lebih sebab nak kudap XD

      Delete
  2. Sedapnya VM, kita rasa macam nak buat lahh

    ReplyDelete
  3. Selalu juga kudap terung panjang unggu goreng tepung ni

    ReplyDelete
  4. Biasanya terung ni saya buat goreng dgn kunyit garam je. Nanti boleh cuba macamni pulak

    ReplyDelete
  5. Bagi yang tak makan terung, boleh try resepi ni. Nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, VM dulu pon tak makan. Try sekali sedap pulak plus guna tepung bestari memang sedap :D

      Delete
  6. Sedap ni. Selalu habis idea memang goreng lada je

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi buat cara ni, selalu buat pajeri terung je. Boleh try nanti hehe

    ReplyDelete

Thank you for reading this entry ♥ You can leave any comments or suggestions. But, please do not use harsh words :)