Saturday, August 27, 2016

Zaman muda mudi bangang abadi

Assalamulaikum

Ada sesiapa yang selalu scroll twitter and perasan budak yang dapat 100% addmath untuk ujian selaras satu tu? Banyak la komen dari warga twitter contohnya, ‘bijaknya dia’, ‘wow, budak ni makan apa?’, ‘jangan riak’, ‘alah, soalan bocor’ and much morelah kan. Yang puji okay, boleh jadikan inspirasi kan? Yang dok tuduh kata tiru, soalan bocor apa ni semua dengki ka gurau? Kalau gurau pon mana lah kita tau tuan paper tu terasa ka kan.

Gambar mak yang comel sebagai sumber inspirasi dan kata-kata semangat :')


Aku nak cerita pengalaman masa sekolah dulu, before that bear in mind apa yang aku nak share ni bukan nak brag ka apa. Semua orang sedia maklum kan yang soalan addmath memang super duper payah dia tu. Dulu aku belajar kat MRSM, ujian selaras satu aku dapat 95% untuk addmath. Memang aku suka sangat addmath. Aku tak terer pon, maybe sebab aku stay up siapkan homework kadang tu sampai pukul dua pagi sebab takut dengan cikgu.

Ada la yang taw aku dapat result macam tu. Lepas tu semua orang ingat aku pandai. Padahal ramai je lagi yang dapat 100% kan. Ada satu masa tu aku ada masalah cinta lololol. Aku down gila aku tak study tak siapkan homework dan aku rasa aku teruk sangat. Aku tak boleh focus belajar. Aku yang dulu suka addmath, kemain menyampah lagi dengan addmath. Dulu aku bawak fon taw pegi MRSM termasuklah ke kelas -____- See how brave I am. Cikgu mengajar aku mengelamun, bila cikgu bagi latihan suruh buat, aku dok mesej bf(now ex) meroyan tak pon dengar lagu*aku bawak mp3 jugak*. HAHAHAHA. Bodoh sungguh la aku.

End up result aku teruk. Pointer semester dua jatuh gila. I didn’t get dean list. I felt really stupid. Takyah cakap aku penah fail fizik Zzzzz. Kalau mak tahu sumpah aku mati dah ni. LOL. Hidup pon diteruskan sampailah percubaan MARA yang senang sangat tu kan :’) Addmath ada banyak chapter kan, yang aku dapat tinggi dulu tu chapter senang + favourite aku. Bila nak trial aku tak dan cover dengan soalan trial yang luar biasa payah tu, aku FAIL lah! Memang rasa down gila aaah.

Pastu masa nak real SPM pulun ah study. Yang tak ley blah ada kawan suruh ajar, aku cakap kat dia ‘Aku bodoh addmath, dah pegi tanya orang lain lagi pon aku ada fail.’ Dia suh ajar jugak :’) Aku ajar la yang aku taw. Tak sampai hati pulak. Sebab tu aku tak suka bila orang taw result. Depa akan fikir ang pandai padahai tu ujian selaras satu ja. Dulu pointer jenis tampal. Memang ang tak ley sorok punya. Sekarang zaman uni, aku lebih suka rahsiakan result test, quiz and even pointer :)

Bila dapat result SPM kan, I got B+ untuk addmath. Bersyukur je lah. Sapa suruh dulu gatai becinta pastu tak ley nak control diri. Huuuu. Nyesal ada gak. Cuma nak cakap, tak selamanya kita kat atas. kenkadang kita kat bawah jugak. Apa apa pon bersyukur and rahsiakan result anda. Muahaha. Tapi zaman sekolah dulu cikgu suka tampai gak result LOL. 

P/s: Cerita hari ni terkenangkan zaman sekolah dulu ja, takdak niat nak riak ka apa sebab aku ngaku aku bodo ja dulu. Zzzzz. Siap kena panggil dengan cikgu sebab result turun mendadak tapi tak fail pon time tu :(  Tak cukup dengan tu, kaki aku dipijak dengan cikgu. Cikgu pakai heels hokay -___- Why cikgu whyyyy?

P/s/s: Mesti menyesal baca cerita yang tak bermakna ni. Hahaha. Just nak cakap, fokus belajar dan jangan fikir sangat soal cinta ni. This story sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak supaya sentiasa berusaha untuk berjaya dan jangan biarkan hal yang remeh remeh rosakkan masa depan kita nanti. Time tu nak nyesal tak guna dah :'(

P/s/s/s: Tahniah adik yang viral tu. Awak memang brilliant. Keep it up :)

Thanks baca, jumpa lagi di lain entry :*

Wednesday, August 24, 2016

Penipuan!

Aku ni sejak busy dengan test, assignment, final exam tempoh hari aku dah lama gila tak update kan. Bila nak update je rasa berdosa, rasa bersalah update blog tapi tak study. Padahal kan, aku tak update blog, tapi aku bukak ja blogwalking teman teman yang sudi singgah. Walaupun aku rasa berdosa tak study tapi update blog, aku tak rasa berdosa pulak bila main game. LOL.

Tipu lah kalau cakap aku tak rindu nak menulis. Excited je nak update raya kat kampung, nak update pegi jenjalan kat Cameron, Singapore and memacam la. Tapi tu la, malas eden nak pilih gambau yang cantik cantik buat tatapan kalian. Nanti aku rajin aku buat entry best best sikit. Bukan sahaja best malah bermakna. 

Macam mana boleh terjadinya entry kali ni? Aku geram sangat ni ha. Rasa nak buat gulai ja orang yang menipu ni. Aku tak kesah kalau ang rasa blog aku tak bermakna dan tak berguna untuk ang follow, tapi tak perlu la komen kat tagboard aku 'follow sini'. Ni menampakan ketidakbijaksaan ang. *guna ayat proper sikit* Aku taw la hang nak gain earning. Tak kesah la nak buat modai travel ka, untuk kahwin ka, belanja kawan makan atau untuk beli whiskas kat kucing ang. Tak perlu la menipu. 

Aku memang rajin blogwalking sebab tengah cuti semester ni. Even angpa singgah tapi tak follow, kalau mood baik aku follow ja angpa sebab aku bukan heran pon angpa nak follow ka dak. Cerita dia aku geram gila yang letak nama 'Fify, Princess, Mary, Mrs. Kill em with kindess', contoh aa kan, nama nak lembut baik apa kejadah semua, bila aku nak bw blog dia, rupanya link promote. Sumpah aku geram tahap nak siat siat kulit dia bagi Dodi kucing ajaib makan. Sapa tau kucing tu? Kucing Dato' Aliff Syukri. Aku selalu usha twitter dia. Lawak kot. And kucing tu nampak comel and pelik jugak -____-

Tolonglah jadi blogger yang berhemah tapi jangan sampai berkhemah kat blog orang cari pasai. Kalau memang nak aku click and tolong derma, tulis je 'DERMA PLEASE'. Sure aku loading sampai habis. Dah tak yah nak tipu tipu. Benci betul aku dengan penipu. Buat hilang mood aku nak bw ja. 

Contoh penipu. Siap hang Fify! Aku sumpah hang jadi katak! Jadilah seperti Rumi, singgah menebar cinta =')

Okay, nanti aku update sesuatu yang bermakna. Dah nak kena balik ke penjara barulah mood nak menulis ni datang. Apa apa pun thankyou penipu! See you again *pegang pisau* Kepada yang ikhlas singgah blog tak seberapa ni, thank you so much ^_____^
 
Hak cipta terpelihara Vanilla Maple| Copyright-2013