Tuesday, May 10, 2016

Unexpected Plan

Assalamualaikum! 

Lama tak upadate blog. Rindu sesangat nak menulis. Sekarang ni excited nak cerita yang aku pegi food hunting. Bab makan haruslah laju. Aku tak taw kenapa aku kuat makan tapi bising bila berat naik =') Kenapa unexpected plan? sebab kalau rasa nak makan, pi ja. Tu yang unexpected. Hahaha. Antara tempat makan favourite aku kat Melaka ni ialah BIG BOWL ICE. Aku suka sangat-sangat. Mungkin sebab aku memang penggemar buah dan ice. Jadi gabungan tu sangat mantap untuk tekak dan perut aku.

Kalau datang Bandar Melaka singgah la amik aku pastu kita pi la makan kat Big Bowl Ice sama-sama. Sweet kan? Lagi sweet kalau hampa belanja aku makan. Muahahaha. Aku memang addicted teruk la. Banyak lagi perisa yang aku belum try. Sambil taip ni pon terliur. Nah location untuk ke Big Bowl Ice yang paling dekat dengan aku. Ingat aww, before pi singgah amik aku =P

11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca, Malaysia

First time datang order ni. Masa tu tak pro lagi. Men order ja. Kalau yang bowl macam ni, ice dia cam kasar sikit. Pape pon tetap sedap and ada buah mangga kegemaran^^



Pastu dah taw jenis, asyik order yang macam ni. Ice dia halus-halus je. Namanya milk snow ice + passion fruit + tak ingat. Cia cia cia. Actually aku nak tunjuk yang lain tapi favourite aku jugak sebab ada kelapa, aku cari gambar tu tak jumpa. Yang tu memang umpphhh. Asal nak buat jaat ja tak jumpa pulak. Wkwkwkwk





Sekarang ni, aku nak bawak hampa semua ke PAK PUTRA TANDOORI & NAAN RESTAURANT. Haaa. Aku order naan cheese yang biasa ja. Tu pun dah sedap. Makan dengan ayam tandoori. Disebabkan perut full dengan Big Bowl Ice, jadi aku share dengan kawan-kawan. Tak lupa untuk tapau triple naan cheese. Yang triple tu perghhhh. Hahahaha. Enak banget. Siyess. Ni alamat untuk ke sana. Dekat-dekat ja. Rugi Kalau hampa tak pi dedua.

58, Jalan Kota Laksamana 2/3 & Jalan Kota Laksamana 2/4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia


Kalau ada yang mengidam tu aku mintak maaf. Hahaha. Aku pun ngidam gak ni walaupun dah pi tak sampai dua minggu yang lalu. Anyway aku mintak maaf taw lama gila tak update. Thanks for always visiting me. Nanti nak update pasai makanan lagi. Hahaha. Bye warga blogger =D